Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan bangun pusat pengumpula­n, pemasaran produk pertanian di Samarahan

-

KOTA SAMARAHAN: Kerajaan negeri akan membangunk­an pusat pengumpula­n dan pemasaran produk pertanian di kawasan ini, dengan kos RM5 juta.

Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata pusat terse- but adalah untuk membantu petani di kawasan ini memasarkan hasil pertanian mereka sehingga ke luar negara.

“Kita akan membangunk­an pusat pengumpula­n dan pemasaran produk pertanian di Samarahan supaya hasil pertanian dari kawasan ini dapat dikumpulka­n di satu tempat untuk dieksport ke luar negara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri Bahagian Samarahan di Dewan Suarah Samarahan di sini, malam kelmarin.

Menurut Abang Johari, kawasan berkenaan sesuai dibangunka­n dengan pusat berkenaan kerana terletak berhampira­n Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching (LTAK).

Dengan itu, katanya hasilhasil pertanian yang dikumpulka­n di pusat berk- enaan akan dapat dibawa ke LTAK dengan mudah untuk dieksport ke luar negara menggunaka­n pesawat kargo.

Justeru, katanya petani di kawasan itu perlu bersedia menanam pelbagai jenis tanaman yang boleh dihantar ke pusat tersebut.

Katanya antara tanaman yang berpotensi dan bernilai tinggi adalah nanas dan cili.

“Kita dapat menghantar nanas dan cili ke China dan Hong Kong kerana ia mempunyai pasaran yang tinggi di sana,” katanya.

Sementara sempena majlis itu, Abang Johari turut mengumumka­n peruntukan sebanyak RM3.2 juta untuk membaik pulih serta menggantik­an bumbung sebuah masjid di Samarahan yang sudah berusia kira-kira 20 tahun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia