Utusan Borneo (Sarawak)

DBKU, MBKS bekerjasam­a meriahkan Hari Bandar Raya Kuching Ke-29

-

KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dengan kerjasama Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) sekali lagi berganding bahu dalam memeriahka­n lagi sambutan Hari Bandar Raya Kuching Ke-29 yang akan diadakan pada hari Selasa (1 Ogos) bermula jam 9 pagi di Stadium Perpaduan, di sini.

Menurut kenyataan akhbar yang dikeluarka­n semalam, sambutan kali ini akan dihadiri Ketua Menteri Datuk Amar Abang Jo- hari Tun Abang Openg serta Datuk Bandar DBKU Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai serta Datuk Bandar MBKS Datuk James Chan.

Bagi memeriahka­n lagi sambutan Pesta Kuching itu, pelbagai majlis, program serta aktiviti menarik dirancang oleh pihak DBKU.

Antaranya adalah Perasmian Hari Bandar Raya Kuching Ke-29, ‘Kuching City Street Parade’, Mahabbah BandarayaK­U, Komuniti Cergas, ‘Pre-Asia Pasific Orchid Conference’ (PREAPOC) 2017, Pengucapan Puisi Bandar Raya, ‘ Ride For Unity And Peace’ dan banyak lagi.

Justeru, seluruh warga bandar raya Kuching dijemput hadir ke Majlis Perasmian Hari Bandar Raya Kuching Ke-29 bagi menyaksika­n persembaha­n mantap daripada artis terkenal tanah air iaitu Dayang Nurfaizah.

Jangan lepaskan peluang untuk memenangi barangan elektrik seperti pendingin hawa, peti ais, kipas berdiri, kipas siling, mesin basuh dan televisyen manakala bagi barangan elektronik pula ialah telefon bimbit pada 1 Ogos depan.

Hadiah tersebut mungkin bakal menjadi milik anda. Nombor cabutan bertuah akan diberikan pada hari yang sama.

Jika terdapat sebarang pertanyaan atau kemusykila­n, sila hubungi Bahagian Perhubunga­n Awam DBKU di talian 082–446688 (sambungan 325).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia