Utusan Borneo (Sarawak)

Jamit serah bantuan kerajaan kepada mangsa kebakaran

-

KAPIT: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Goram Jefferson Jamit Unyat telah menyampaik­an bantuan kerajaan kepada mangsa kebakaran Rumah Messop Tawi dan dua keluarga mangsa kebakaran.

Seramai 17 keluarga Rumah Messop menerima bantuan berjumlah RM119,450 untuk pembelian bahan membina rumah, baju uniform sekolah dan alat tulis, barang keperluan harian dan sumbangan wang.

Majlis penyampaia­n ban- tuan telah berlangsun­g di bilik mesyuarat Kompleks Pejabat Negeri di Jalan Bleteh, barubaru ini.

Kejadian kebakaran yang berlaku pada 6 Mei lepas telah menyebabka­n 17 keluarga di Rumah Messop Tawi, Ulu Sungai Entangai kehilangan tempat tinggal.

Sementara itu, dua keluarga turut mengalami nasib malang selepas rumah mereka di Sungai Pelajau, Jalan Bukit Goram musnah dalam kejadian kebakaran pada 22 Mei lepas.

Mereka ialah Bawang Bujang dan Siban Bujang. Bawang menerima bantuan sebanyak RM9,150 dan Siban menerima RM7,650.

Hadir sama pada majlis itu ialah Residen Kapit Joseph Belayong Punan, Penolong Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kapit Peter Gabong, Setiausaha Majlis Daerah Kapit Jabang Juntan dan Pegawai Khas Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Ambrose Abong Bugek.

Menerusi ucapannya, Jamit memuji tindakan segera agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Pejabat Residen, Pejabat Daerah, polis dan pertubuhan bukan kerajaan yang menghulurk­an bantuan kepada mangsa kebakaran di Kapit.

Katanya, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Alexander Nanta Linggi yang juga Ahli Parlimen Kapit turut berjanji membantu mangsa kebakaran membina rumah panjang baharu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia