Utusan Borneo (Sarawak)

Jangan main sentimen kaum pertahan perpaduan sedia ada

-

SRI AMAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga Simoi Peri mengesa rakyat negeri ini supaya tidak memain sentimen kaum sebaliknya perlu saling menghormat­i serta memahami budaya dan agama masyarakat lain demi memperkuku­h lagi perpaduan sedia ada.

Menurutnya, sikap saling menghormat­i agama serta adat resam budaya masyarakat lain akan menjamin negeri dan negara kita terus makmur tanpa pertelingk­ahan antara satu sama lain.

“Apa yang kita harapkan agar isu melibatkan perkauman tidak dibangkitk­an kerana ia boleh menggugat keamanan dan kemakmuran negara kita ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri anjuran Pusat Khidmat Masyarakat DUN Lingga di pekarangan Dataran Pekan Lingga dekat sini semalam.

Katanya, Sarawak mencapai kemerdekaa­n lebih 50 tahun dalam Malaysia, justeru perpaduan antara kaum di negeri ini perlu dipelihara dan dipertahan.

“Ini semua hasil kepimpinan para pemimpin negara kita yang sentiasa mencari jalan terbaik untuk membentuk rakyat ne- gara dan negeri ini agar terus mengekalka­n perpaduan,” tegasnya.

Dalam pada itu, beliau turut mengharapk­an agar isu berkaitan sentimen agama diselesai secara hikmah supaya tidak timbul pertelagah­an, permusuhan dan ketegangan antara satu sama lain.

Turut hadir Pegawai Daerah Sri Aman Ismawie Salleh, Penolong Pegawai Daerah Hamdan Katang, Temenggung Abang Bohari Abang Zen, Penghulu Jamahari Edi serta yang lain.

Dalam pada itu, majlis berkenaan turut dimeriahka­n dengan persembaha­n lagu-lagu raya serta cabutan bertuah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia