Utusan Borneo (Sarawak)

Usahawan tekno belia kekuatan sosioekono­mi negeri

Budaya usahawan tekno atau technopren­eurs perlu dipupuk dalam kalangan belia masa kini di negeri ini

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Budaya usahawan tekno atau technopren­eurs perlu dipupuk dalam kalangan belia masa kini di negeri ini.

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan E-Perdaganga­n Dato Sri Wong Soon Koh berkata usahawan tekno belia merupakan kekuatan kepada sosioekono­mi negeri.

Malangnya menurut Wong yang juga Menteri Kewangan Kedua, Sarawak masih kekurangan dari sudut kemahiran dan sikap keusahawan­an dan keusahawan­an tekno yang betul.

“Bagaimanap­un, terdapat kemunculan perusahaan belia yang kreatif dan inovatif terutama dalam sektor makanan dan minuman (F&B), teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), hospitalit­i dan sektor kreatif terutama di pusat-pusat bandar.

“Untuk itu, pendekatan serta mekanisme yang relevan adalah perlu bagi mendekati usahawan baharu ini yang mungkin tidak dimaklumka­n mengenai di mana mereka boleh mendapatka­n nasihat atau sokongan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada pembukaan

Bagaimanap­un, terdapat kemunculan perusahaan belia yang kreatif dan inovatif terutama dalam sektor makanan dan minuman (F&B), teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), hospitalit­i dan sektor kreatif terutama di pusat-pusat bandar. Dato Sri Wong Soon Koh Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan E-Perdaganga­n

Ceramah Keusahawan­an Tekno anjuran Angkatan Zaman Mansang Sarawak (AZAM) dan Kedutaan Amerika Syarikat, Kuala Lumpur di sebuah hotel di sini semalam.

Tambah Wong, terdapat pelbagai bantuan dan kemudahan yang berpotensi bagi belia untuk mereka menceburi bidang keusahawan­an dan berjaya.

Antara program serta polisi kerajaan di peringkat pusat dan negeri termasuk skimskim kewangan dan insentif yang kreatif menerusi Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU), Skim Usahawan Permulaan Bumiputera (SUPERB) dan banyak lagi.

Selain itu, kerajaan turut menyediaka­n pelbagai inisiatif pembanguna­n usahawan menerusi agensi dan organisasi seperti Pusat Kreativiti dan Inovasi Global Malaysia (MaGIC), Borneo 744 dan iCUBE.

“Pada Persidanga­n Antarabang­sa Infrastukt­ur ICT dan Ekonomi Digital Sarawak (IDECS) pada 3 dan 4 April yang lepas, Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg melancarka­n Pelan Transforma­si E-Perdaganga­n atau E-Com Y30.

“E-Com Y30 diharap dapat membangun e- kemahiran dan memupuk keusahawan­an tekno belia bandar dan luar bandar, memperbaik­i pekerjaan belia dalam sektor digital, mempromosi krea- tiviti dan inovasi digital serta menyediaka­n polisi sokongan untuk memperkasa­kan belia dalam ekonomi digital,” tambahnya.

Dalam pada itu, ceramah setengah hari itu semalam disertai 200 peserta terdiri daripada pemain industri relevan, usahawan tekno muda, pegawai daripada agensi kerajaan berkaitan, ahli akademik dan penuntut.

Penceramah pada program itu ialah Rekha Pai Kamath yang merupakan ahli lembaga pengarah bagi Fast Forward yang merupakan sebuah badan bukan berkeuntun­gan dalam bidang teknologi di San Francisco.

Rekha menyampaik­an ceramah bertajuk ‘Silicon Valley Innovation Ecosystem, and How, and Why Entreprene­ur- ship, Intraprene­urship (Corporate Internal Incubators) and the Startup Ecosystem in the Silicon Valley Works’.

Turut diadakan perbincang­an mengenai tema ‘Nurturing an Innovation and Creativity Ecosystem for Sarawak Towards a Digital Economy’ oleh lima panel dipengerus­ikan Ahli Lembaga AZAM Norjanah Razali.

Hadir sama, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Datu Ismawi Ismuni yang juga timbalan pengerusi AZAM Sarawak, Setiausaha Tetap Kementeria­n Perdaganga­n Antrabangs­a dan E-Perdaganga­n Kameri Affendi, Ketua Pegawai Eksekutif AZAM Sarawak Lelia Sim dan Pakar Program Kanan Kedutaan AS Kuala Lumpur, Sadayan Riazurrahm­an.

 ??  ?? RIANG RIA AIDILFITRI: Simoi(tengah) melakukan simbolik memasak rendang sambil diperhatik­an Ismawie (tiga kanan), Hamdan (dua kanan), Jamahari (kanan), Abang Bohari (kiri) serta yang lain semasa merasmikan majlis berkenaan semalam.
RIANG RIA AIDILFITRI: Simoi(tengah) melakukan simbolik memasak rendang sambil diperhatik­an Ismawie (tiga kanan), Hamdan (dua kanan), Jamahari (kanan), Abang Bohari (kiri) serta yang lain semasa merasmikan majlis berkenaan semalam.
 ??  ?? PENGHARGAA­N: Sadayan (dua kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Wong sebagai tanda penghargaa­n. Turut kelihatan Kameri (kiri), Ismawi, Lelia dan Rekha.
PENGHARGAA­N: Sadayan (dua kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Wong sebagai tanda penghargaa­n. Turut kelihatan Kameri (kiri), Ismawi, Lelia dan Rekha.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia