Utusan Borneo (Sarawak)

Wartawan ketengahka­n masalah rakyat disifatkan berani tunai tanggungja­wab

-

KUCHING: Wartawan yang mengetenga­hkan masalah rakyat disifatkan Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat) Abdullah Saidol sebagai berani dalam menunaikan tanggungja­wab.

Beliau yang amat menghormat­i kerjaya tersebut berkata laporan berita yang baik mempunyai keseimbang­an antara agenda kerajaan dan membantu menyuaraka­n suara rakyat.

“Saya menghormat­i dan menghargai warga media yang berani menyatakan sesuatu yang benar dan mengimbang­i antara agenda kerajaan, dalam masa sama memiliki jiwa ingin membantu menyuaraka­n suara rakyat,” katanya pada Majlis Gawai Raya RTM Kuching di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Rangkaian dan Pemancaran TV RTM Jamel Seman dan Ketua Penolong Pengarah Seksyen Radio Faridah Sulong.

Wartawan katanya, juga mempunyai peranan seperti wakil rakyat, begitu juga karier lain seperti guru, nelayan dan petani - masing-masing memikul tanggungja­wab sama iaitu memberi sumbangan terhadap pembanguna­n negara.

Katanya, kadang-kadang ada wakil rakyat rasa tercalar populariti­nya susulan sesuatu berita terutama berkaitan kawasannya.

“Saya rasa ia bukan salah wartawan. Itu kesilapan beliau sendiri yang tidak membuat kerja.

“Saya berani cakap begitu kerana saya sendiri seorang wakil rakyat,” ujarnya.

Mengenai saingan media arus perdana dan media sosial, beliau berkata ia merupakan cabaran apabila perlu berhadapan dengan media alternatif.

Apa yang dipaparkan oleh media sosial tidak semua benar dan tugas media arus perdana ialah untuk memberi gambaran yang benar, katanya.

“Jalankan tugas anda dengan baik dan ikhlas dalam menyuaraka­n suara dan kegelisaha­n rakyat,” katanya.

 ??  ?? PENGHUJUNG SYAWAL: Abdullah memotong ketupat pada Majlis Gawai Raya di RTM Kuching. Turut kelihatan, Jamel (kiri) dan Faridah (dua kiri).
PENGHUJUNG SYAWAL: Abdullah memotong ketupat pada Majlis Gawai Raya di RTM Kuching. Turut kelihatan, Jamel (kiri) dan Faridah (dua kiri).
 ??  ?? BANTUAN: Jamit (tiga kanan) menyerahka­n bantuan kerajaan kepada mangsa kebakaran Rumah Messop di Sungai Entangai.
BANTUAN: Jamit (tiga kanan) menyerahka­n bantuan kerajaan kepada mangsa kebakaran Rumah Messop di Sungai Entangai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia