Utusan Borneo (Sarawak)

Jadikan rumah terbuka medium mantapkan semangat perpaduan

-

SARIKEI: Ahli Parlimen Tanjung Manis Datuk Norah Tun Abdul Rahman berharap amalan dan budaya saling mengunjung­i termasuk penganjura­n rumah terbuka terus menjadi aktiviti memantapka­n semangat perpaduan masyarakat pelbagai bangsa dan agama.

Katanya, sungguhpun aktiviti seumpama ini lama tersemai dan diamal masyarakat di negeri ini, namun ia perlu dimantap dari semasa ke semasa supaya terus kukuh dan menjadi tradisi masyarakat.

“Rakyat Malaysia harus bersyukur dan menghargai keistimewa­an kepelbagai­an budaya dikongsi negara ini,” katanya.

Jelasnya, kestabilan dan kemakmuran dikecapi hasil kerjasama semua kaum mem- bolehkan setiap perayaan utama etnik negara ini disambut bersama.

“Penyatuan budaya dan sosial berkurun lamanya antara bangsa Melayu,Iban,Bidayuh dan lain-lain telah melahirkan masyarakat Malaysia berbilang kaum yang hidup dalam harmoni,” katanya.

Norah berkata demikian pada Majlis Jamuan Hari Raya di pekarangan Jabatan Penerangan Malaysia (JPM) Bahagian Sarikei, kelmarin.

Majlis itu turut dihadiri Timbalan Residen Bahagian Sarikei Abang Porkan Abang Budiman, Pemangku Pegawai Daerah Sarikei Badjuri Bidin serta sekitar 150 tetamu lain.

Sementara itu, Pegawai Penerangan Bahagian Shahrizan Putit berkata, program berkenaan bukan sahaja menjadi lambang perpaduan kaum tetapi juga mampu mengeratka­n hubungan antara jabatan dan penduduk setempat.

“Majlis keramaian seperti ini adalah ruang terbaik untuk kita mengeratka­n perpaduan dan kerjasama,” katanya.

Beliau berkata, penganjura­n program juga membolehka­n jabatan mendekati masyarakat, selain berkenalan dan beramah mesra dalam usaha mewujudkan suasana harmoni.

“Kehadiran masyarakat pelbagai kaum membuktika­n formula perpaduan kita berjaya. Malah kita bangga dengan sambutan mereka,” katanya.

Majlis turut diserikan dengan pelbagai aktiviti menarik termasuk persembaha­n karaoke, busking, jamuan dan sebagainya.

 ??  ??
 ??  ?? JASAMU DIKENANG: Norah menyampaik­an sumbangan kepada seorang pesara yang pernah berkhidmat dengan Jabatan Penerangan.
JASAMU DIKENANG: Norah menyampaik­an sumbangan kepada seorang pesara yang pernah berkhidmat dengan Jabatan Penerangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia