Utusan Borneo (Sarawak)

Penduduk bakal menikmati jalan raya lebih baik

Perdana Menteri mengumumka­n peruntukan RM28j untuk menaik taraf jalan sedia ada di Ulu Skrang

- Oleh Frankie Junau

KUCHING: Penduduk khasnya pengguna jalan raya di Ulu Skrang bakal menikmati akses jalan raya lebih baik selepas diperuntuk dana berjumlah RM28 juta pada tahun depan.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Engkilili Dr Johnical Rayong Ngipa berkata berita baik tersebut disampaika­n sendiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menambah baik jalan raya sedia ada selain membina jambatan dan pembetung baharu.

“Beliau (Najib) menyedari bahawa Jalan Ulu Skrang bakal memberi manfaat kepada puluhan buah rumah panjang dan sekolah, justeru tidak ragu- ragu memberi tambahan dana berjumlah RM28 juta agar jalan tersebut dapat ditabur batu, diturap selain kerja-kerja penyelengg­araan lain,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat ‘ Makai Serumpu’ sempena Perasmian Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) Hulu Skrang di Rumah Unya Saran, Hulu Skrang serta turut dihadiri Ahli Parlimen Lubok Antu Datuk William Nyalau Badak di sini semalam.

Tambahnya, jalan tersebut kini di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR) sebagai agensi kerajaan yang diberi tanggungja­wab memantau serta menyelengg­ara kerjakerja menaik taraf Jalan Ulu Skrang.

“Untuk makluman bersama, terdapat tambahan RM41 juta untuk kerja-kerja menaik taraf jalan tersebut namun dana itu harus dipohon terlebih dahulu daripada Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

“Maka kita terpaksa gunakan dana awal ( RM28 juta) memandangk­an untuk memperoleh dana kedua itu memakan masa lama kerana harus melaui beberapa prosedur,” ujarnya.

Berkenaan bekalan ele- ktrik, beliau melahirkan rasa teruja kerana penduduk rumah panjang di Jambu Lalang serta beberapa kawasan sekitar sudah menikmati bekalan elektrik 24 jam.

“Mungkin ramai orang luar tidak percaya bahawa sudah banyak rumah panjang di Ulu Skrang sudah menikmati bekalan elektrik 24 jam.

“Namun realitinya anda boleh lihat sekarang...bukan sahaja jalan raya yang baik malah bekalan elektrik pun anda sudah dapat, membuktika­n kualiti kehidupan anda sudah setanding di bandar,” ujarnya.

Katanya 10 tahun lalu tidak ramai menjangkak­an kawasan sejauh Ulu Skrang sudah dihubungka­n dengan jalan raya serta dibekalkan dengan bekalan elektrik 24 jam memandangk­an kawasan ini terletak jauh di pedalaman.

“Namun kini, kita dapat pergi ke bandar Betong, Sri Aman malah Sibu dan Kuching dalam masa hanya beberapa jam berbanding ketika menggunaka­n sungai mengambil masa sehari suntuk,” katanya.

Dr Rayong menambah, ia hasil kerja keras beliau dan Nyalau dalam mengangkat kualiti hidup masyarakat luar bandar selari dengan aspirasi kerajaan mahu merapatkan jurang pembanguna­n bandar dan luar bandar.

Sehubungan itu, beliau yang juga Ketua Pemuda Parti Rakyat Bersatu (UPP) mengajak rakyat terus berdiri kukuh dan menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg.

“Percayalah, kami di pihak kerajaan sedaya upaya meningkatk­an kualiti hidup masyarakat terutama kita di luar bandar kerana ia adalah polisi yang diilhamkan oleh Allahyarha­m Tok Nan dan kini diteruskan oleh Abang Johari... di samping beliau mengajak rakyat menceburi dunia digital dalam kehidupan seharian.

“Dengan ini juga saya mahu anda semua terutama pengundi menyokong Nyalau untuk mempertaha­nkan kerusi Parlimen Lubok Antu kerana saya selesa bekerja dengan beliau dalam membangunk­an DUN ini,” tegasnya.

Sementara itu, Nyalau yang turut berucap menasihati pengundi agar tidak mempercaya­i sebarang khabar angin yang mendakwa beliau tidak dicalonkan lagi mempertaha­nkan kerusi Lubok Antu.

“Mereka itu sengaja menangguk di air keruh dan melaga-lagakan pengundi den- gan kepimpinan parti kerana saya yakin beliau akan diberi peluang mempertaha­nkan Lubok Antu,” katanya.

Katanya, rakyat juga harus menolak tuduhan segelintir individu mendakwa wakil rakyat kini tidak bekerja kerana mereka tahu apa yang dilakukan dan terbaik untuk rakyat.

“Mereka itu hanya bercakap kosong dan menilai dari luaran sedangkan hakikatnya wakil rakyat banyak bekerjasam­a daripada bercakap di kedai-kedai kopi atau alam maya sahaja,” katanya dan mengajak rakyat membangunk­an tanah mereka dengan tanaman bernilai komersial seperti pembukaan estet getah selain tanaman lada.

Pada majlis sama Dr Rayong mengumumka­n geran MRP bernilai RM7,000 kepada Ahli Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) manakala Biro Wanita mendapat RM5,000 dan RM3,000 daripada Nyalau.

Hadir sama ke majlis tersebut ialah Pegawai JASA Sri Aman/ Lubok Antu Geoffery Maba, Pegawai JASA Engkilili Edwin Anchih, wakil-wakil jabatan kerajaan, wakil parti komponen BN, penghulu, kaunselor, lebih 28 tuai rumah serta masyarakat sekitar Ulu Skrang.

Beliau (Najib) menyedari bahawa Jalan Ulu Skrang bakal memberi manfaat kepada puluhan buah rumah panjang dan sekolah, justeru tidak ragu-ragu memberi tambahan dana berjumlah RM28 juta agar jalan tersebut dapat ditabur batu, diturap selain kerja-kerja penyelengg­araan lain. Dr Johnical Rayong Ngipa ADUN Engkilili

 ??  ?? SIMBOLIK: Dr Rayong dan Nyalau menekan suis sebagai simbolik perasmian BELB di Rumah Unya Saran, Jambu Lalang di Ulu Skrang semalam.
SIMBOLIK: Dr Rayong dan Nyalau menekan suis sebagai simbolik perasmian BELB di Rumah Unya Saran, Jambu Lalang di Ulu Skrang semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia