Utusan Borneo (Sarawak)

Program ‘Miri Pet Run’ ditunda berikutan wabak rabies, 8 Okt

-

MIRI: Berikutan keprihatin­an terhadap wabak rabies di selatan negeri ini, maka acara ‘Miri Pet Run’ yang dianjurkan Seksyen Jurutera Muda (Young Engineers Section - YES) di bawah Institut Jurutera Malaysia (IEM) ditunda tarikhnya daripada 20 Ogos kepada 8 Oktober tahun ini.

Bercakap kepada pemberita semasa sidang media di sini semalam, pengerusi penganjur Sheron Lim berkata sebelum memutuskan untuk menangguhk­an acara tersebut, beliau meminta nasihat ahli jawatankua­sa penganjur terlebih dahulu dan pandangan awam berhubung impak terhadap wabak rabies pada acara berkenaan nanti. “Malah Datuk Bandar Miri Adam Yii turut menyokong penangguha­n acara berikutan kebimbanga­n terhadap wabak rabies di selatan negeri ketika ini,” tambah beliau.

Dalam pada itu, menurut Sheron lagi, antara sebab lain pihaknya meminda tarikh tersebut ialah, agar ia dapat dianjurkan serentak atau sempena Bulan Haiwan Sedunia (pada Oktober), sekali gus menjadikan acara tersebut lebih bermakna.

Tambahnya, hasil yang dikutip daripada larian itu kelak akan disalurkan kepada pertubuhan bukan kerajaan ( NGO) Zero Strays Miri (ZSM) yang tidak berasaskan keuntungan tetapi aktif dalam mengurangk­an populasi haiwan terbiar di Miri menerusi program tangkap, kasi dan lepas (TNR).

“Sehubungan itu kami berharap larian ini kelak akan menjadi platform untuk kami meningkatk­an kesedaran awam tentang pentingnya usaha mereka membantu mengurangk­an populasi haiwan peliharaan yang terbiar ini, melalui kaedah kasi,” jelasnya.

Mengenai penyertaan, Sheron menambah kata sehingga kini pihaknya menerima sambutan amat menggalakk­an malah melebihi jangkaan, khususnya bagi kategori anjing dengan 30 pasukan mengesahka­n penyertaan manakala bagi kucing ialah 10 pasukan.

“Berikutan tarikh acara ini telah ditunda kepada 8 Oktober, maka tarikh pendaftara­n turut dilanjutka­n hingga 4 September,” katanya.

Untuk mereka yang sudah mendaftar tetapi tidak dapat mengikuti larian berkenaan pada 8 Oktober kelak, Sheron berkata mereka boleh menyertain­ya sebagai ‘Larian Virtual’ atau boleh memohon untuk mendapatka­n balik yuran daripada pihak penganjur.

Untuk menyertai ‘Larian Virtual’ atau mahu mengambil balik yuran mereka (bagi yang tidak dapat menyertai larian pada 8 Oktober), mereka boleh menghubung­i penganjur di talian 016-41111821 atau menghantar pesanan menerusi Whatsapp dan pihak penganjur akan memaklumka­n prosedur mengenai tuntutan tersebut.

Bagi yang berminat mengambil bahagian atau mendaftar untuk larian ini, mereka boleh melayari laman web http://bulatanpar­krunnerscl­ub.com/pet-run atau mendaftar terus (bersama yuran pendaftara­n) di premis Share Tea di Pusat Komersil Boulevard atau kantin Taman Bulatan.

 ??  ?? TANGGUH: Sheron (dua kanan) bersama ahli jawatankua­sa penganjur ‘Miri Pet Run’ yang lain bergambar berlatarbe­lakangkan poster larian berkenaan yang dipamerkan di Taman Bulatan di Miri, semalam.
TANGGUH: Sheron (dua kanan) bersama ahli jawatankua­sa penganjur ‘Miri Pet Run’ yang lain bergambar berlatarbe­lakangkan poster larian berkenaan yang dipamerkan di Taman Bulatan di Miri, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia