Utusan Borneo (Sarawak)

Tukar kelab belia jadi unit SABERKAS mudah salur peruntukan

-

terutama pada bulan Ramadan serta semasa menyambut perayaan.

“Ia sekali gus meningkatk­an jati diri terutama dalam kita melaksanak­an tugas sebagai penjawat awam,” katanya berucap pada Majlis Ngabang Raya 2017 yang dihadiri Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud serta isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib di Dewan Hikmah di sini, semalam.

Turut bersama memeriahka­n majlis ialah Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg serta isteri Datin Amar Datuk Juma’ani Tuanku Bujang, para Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Tan Sri Datuk Amar James Masing serta Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Selain itu menteri muda serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), ketua-ketua jabatan juga hadir sama.

Pada majlis berkenaan tetamu kehormat turut berpeluang melawat gerai-gerai yang disediakan selepas majlis simbolik perasmian memotong ‘Kek Palak Meja’, iaitu tradisi masyarakat Sarawak semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Majlis yang diadakan itu juga dihadiri lebih 1,000 penjawat awam daripada pelbagai agensi dan jabatan.

Terdapat 17 gerai makanan dan minuman disediakan oleh unit-unit di bawah Jabatan Ketua Menteri dengan hidangan pelbagai juadah serta minuman kepada tetamu yang berkunjung. LIMBANG: Kelab belia didaftar di konstituen­si Batu Danau disaran menukar kelab kepada unit di Pertubuhan Kebangsaan Belia Bersatu Sarawak (SABERKAS) bagi memudahkan peruntukan disalur selain menarik lebih ramai golongan muda menyertai SABERKAS.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau Paulus Palu Gumbang berkata sebanyak RM3,000 disalur kepada unit SABERKAS di bawah ca- wangan Batu Danau untuk memudahkan menjalanka­n aktiviti.

“Kelab belia ada di Batu Danau digalak ditukar menjadi unit SABERKAS bagi memudahkan peruntukan disalur bagi mereka menjalanka­n pelbagai program,”katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Ramah- Tamah Aidilfitri Bersama Pemimpin di Kampung Kuala Awang di sini semalam.

Turut hadir isteri Paulus, Mary Sindang, Ketua Kampung Kuala Awang Yusof Timbang dan Pengerusi Surau Nurul Falah Kampung Kuala Awang yang juga pengerusi pengelola Jeffery Gapar.

Paulus berkata, dengan adanya unit SABERKAS mereka dapat menjalin kerjasama dengan Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) atau JKKK surau dan masjid yang ada di kampung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia