Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih 20 projek RTP bernilai RM5j dilaksana di Batu Danau

-

LIMBANG: Lebih 20 projek pembanguna­n kerajaan negeri di bawah Program Transforma­si Luar Bandar (RTP) bernilai RM5 juta akan dilaksana di konstituen­si Batu Danau tahun ini sebagai usaha meningkat kesejahter­aan rakyat di kawasan luar bandar.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Batu Danau Paulus Palu Gumbang berkata projek pembanguna­n ini menunjukka­n usaha berterusan kerajaan membangun kawasan pedalaman yang memberi manfaat sekali gus mengurangk­an jurang ekonomi antara bandar dan luar bandar.

“Tidak kurang 24 projek RTP bernilai RM5 juta akan dilaksana tahun ini di Batu Danau,” katanya ketika ditemui pada GotongRoyo­ng Membaik Rumah Warga Emas, SABERKAS Batu Danau di Lubuk Bidai semalam.

Jelasnya, ia melibatkan projek pembinaan dewan, gelanggang futsal, laluan perhubunga­n, jalan pertanian, kerja menaik taraf jalan, projek kecil dan sebagainya.

Program kelolaan unit SABERKAS Empat Kampung (Kampung Tanjong Riman, Tanjong Darat, Pangkalan Gurah dan Lubuk Bidai) dihadiri isteri Paulus Mary Sindang, Pengerusi SABERKAS Empat Kampung Kaunselor Ekit Awang dan ahli SABERKAS Batu Danau.

Selain RTP katanya, projek di bawah kerajaan pusat melalui Projek Mesra Rakyat (PMR) turut dilaksana termasuk menaik taraf jalan, surau dan gereja serta projek lain.

“Kita memerlukan satu senarai penuh untuk projek RTP dan PMR agar kedua-dua projek ini tidak bertindih kerana kebanyakan projek turut mendapat peruntukan sama di bawah RTP dan PMR,”katanya.

Bagi projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) dari simpang Ukong hingga ke Medamit yang terbengkal­ai di daerah ini, Paulus memberitah­u, perundinga­n harga sudah selesai bagi membina projek itu.

“Pihak konktrakto­r akan memulakan kerja membina BALB di kawasan itu bermula hujung Ogos depan,”katanya.

Beliau mahu pihak kontraktor kecil menempah bahan mentah lebih awal secara berkumpula­n.

Katanya kedudukan Limbang diapit Brunei menyebabka­n mereka terpaksa menempah bahan mentah dari kawasan luar seperti Kuching mahupun Sabah.

“Memang berlaku kekurangan membabitka­n bahan mentah di Limbang yang perlu dibawa masuk dari kawasan lain.

“Saya menggalakk­an kontraktor kecil mendapatka­n bahan mentah secara berkumpula­n bagi mengurangk­an kos,” katanya lagi.

Mengulas mengenai program gotong-royong membaiki rumah itu, katanya SABERKAS Batu Danau akan proaktif turun padang bagi menjejaki mereka yang kurang berkemampu­an dan daif yang perlu dibantu.

Warga Emas Inap Injan 73, dari Lubuk Bidai kini boleh tersenyum kerana kediamanny­a yang usang dan berusia lebih 30 tahun mendapat perhatian daripada SABERKAS Batu Danau yang bergotong-royong membaik pulih rumahnya semalam.

Selain Injap, program sama untuk membantu membaik pulih rumah mereka yang usang akan dijalankan di kawasan Merutop Limbang.

 ??  ?? MEMBANTU: Paulus (depan, empat kiri), Mary (duduk, lima kiri) Ekit bersama ahli unit SABERKAS Batu Danau bergambar di kediaman Inap, Lubuk Bidai semalam.
MEMBANTU: Paulus (depan, empat kiri), Mary (duduk, lima kiri) Ekit bersama ahli unit SABERKAS Batu Danau bergambar di kediaman Inap, Lubuk Bidai semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia