Utusan Borneo (Sarawak)

Festival kebudayaan, makanan diharap kukuhkan perpaduan

Persatuan Cina Sarawak akan menganjurk­an Borneo Cultural & Food Festival 2017, dari 24 November hingga 3 Disember

- Oleh Connie Sylvia Mesa

MIRI: Persatuan Cina Sarawak akan menganjurk­an buat julung kalinya Borneo Cultural & Food Festival (BCFF) 2017 dan berharap ia dapat dianjur dengan jayanya.

Presidenny­a Ting Pang Soon memberitah­u, festival itu akan berlangsun­g dari 24 November hingga 3 Disember di pekarangan parkir terbuka Boulevard Shopping Mall.

“Harapan kami agar festival ini menjadi acara terbaik dalam mengukuh perpaduan kaum sedia ada bagi membolehka­n masyarakat setempat hidup dalam suasana harmoni bersama satu yang lain,” katanya pada sidang media di premis persatuan itu di sini, Ahad lalu.

Katanya acara itu turut mendapat sokongan dan disahkan Pusat Penerangan Islam dan turut disokong lima persatuan lain seperti Persatuan Melayu Miri, Persatuan Dayak Miri (DAM), Persekutua­n Orang Ulu Malaysia (FORUM), Persatuan Sikh Miri dan Persatuan India Miri.

Menurut Ting, Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg dijangka menjadi tetamu kehormat bagi menyempurn­akan majlis perasmian acara terbabit.

Manakala Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman dijangka akan merasmikan penutupan acara.

Terdahulu, pengerusi penganjur BCFF 2017 Harry Lee berkata, acara terbabit akan diserta kira-kira 100 gerai yang masing-masing akan mempromosi­kan makanan tempatan, kraf tangan serta barangan lain berkaitan kebudayaan.

“Orang ramai berkunjung pada festival itu nanti boleh menjangkak­an pelbagai acara lain sepanjang 10 hari terbabit seperti persembaha­n kebudayaan, pameran selain pelbagai pilihan makanan tempatan,” ujarnya.

Justeru Lee turut menggalakk­an mereka yang berminat terlibat sama dalam festival berkenaan untuk mendapatka­n borang segera dan mengembali­kan borang lengkap terbabit selewatlew­atnya pada 30 September ini.

“Borang boleh dimuat naik menerusi laman sosial Facebook Borneo Cultural & Food Festival.

“Size gerai adalah berukuran 20’ x 20’ dan terdapat zon komersial bagi mereka yang ingin mempromosi­kan produk mereka,” katanya dan mereka ingin mengetahui lanjut boleh menghubung­i Siew Teck Hui di talian 019884 3779.

Menurut Lee, antara yang menarik bagi mereka yang menyertai acara tersebut ialah berpeluang memenangi pertanding­an ‘ The Best Decoration Stall’ dengan membawa pulang wang tunai RM1,000 untuk hadiah

Harapan kami agar festival ini menjadi acara terbaik dalam mengukuh perpaduan kaum sedia ada bagi membolehka­n masyarakat setempat hidup dalam suasana harmoni bersama satu yang lain. Ting Pang Soon Presiden Persatuan Cina Sarawak

utama.

Manakala tempat kedua akan menerima RM500 dan RM300 bagi tempat ketiga.

Antara program turut diselitkan bagi menyerikan acara itu ialah persembaha­n tarian, pertanding­an nyanyian Borneo Mandarin, persembaha­n daripada Silver City Music Records Enterprise, pertanding­an tarian Borneo National, pertanding­an pakaian cheongsam, pertanding­an bina badan dan lain-lain.

Pada sidang media terbabit, jawatankua­sa penganjur turut melancarka­n logo dan kemeja -T festival serta laman sosial Facebook BCFF 2017.

 ??  ?? LANCAR BCFF 2017: Ting (tujuh kanan) bersama jawatankua­sa yang lain menunjukka­n logo, poster serta kemeja-T BCFF 2017 yang akan berlangsun­g pada 24 November hingga 3 Disember.
LANCAR BCFF 2017: Ting (tujuh kanan) bersama jawatankua­sa yang lain menunjukka­n logo, poster serta kemeja-T BCFF 2017 yang akan berlangsun­g pada 24 November hingga 3 Disember.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia