Utusan Borneo (Sarawak)

Rakyat diajak berpakaian warna merah sempena Hari Sarawak Sabtu ini

-

KUCHING: Rakyat Sarawak khususnya di bandar raya ini diajak untuk bersama-sama berpakaian warna merah pada 22 Julai ini, sempena Hari Sarawak.

Jurucakap Sarawak for Sarawakian­s ( S4S) Peter John Jaban berkata ia bagi menunjukka­n solidariti di kalangan rakyat negeri ini.

“Rakyat Sarawak harus berdiri bersama-sama untuk menunjukka­n sokongan kepada hala tuju kerajaan negeri dalam memperjuan­gkan hak-hak Sarawak.

“Untuk itu pada 22 Julai nanti, semua kita harus berpakaian warna merah sama ada di kedai makan, ketika membeli-belah atau ke kebun,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Sementara itu, S4S dan SADIA juga akan mengadakan perhimpuna­n aman di Taman Muzium bermula jam 8.30 pagi pada hari tersebut.

Justeru, pengerusi penganjur Bill Jugah berkata pihaknya mengalu-alukan penyertaan orang ramai dalam aktiviti tersebut.

Menurut beliau, polis juga sudah dimaklumka­n dan menyokong perhimpuna­n tersebut.

“Datanglah beramairam­ai membawa keluarga dan rakan masing-masing dengan berpakaian berwarna merah, untuk kita bersama-sama beriadah di Taman Muzium sempena Hari Sarawak.

“Ini adalah perhimpuna­n aman dan polis juga akan berada di sana untuk bersama-sama menjaga keselamata­n orang ramai,” katanya. Beliau juga menasihati orang ramai yang ingin menyertai program tersebut supaya datang awal dan meletakkan kenderaan di tempat yang sesuai bagi mengelak kesesakan lalu lintas.

 ??  ?? SERTAI KAMI: Peter (dua kiri) bersama Bill (dua kanan) serta ahli jawatankua­sa penganjur, Bruce Kusel (kanan) dan Collin Siaw semasa sidang media di Kuching semalam.
SERTAI KAMI: Peter (dua kiri) bersama Bill (dua kanan) serta ahli jawatankua­sa penganjur, Bruce Kusel (kanan) dan Collin Siaw semasa sidang media di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia