Utusan Borneo (Sarawak)

307 kenderaan sertai Konvoi Hari Sarawak 2017

-

SIBU: Sebanyak 307 kenderaan serta 391 peserta bakal menyertai Konvoi Hari Sarawak 2017 anjuran Lembaga Perkhidmat­an Komuniti (LPK) Parti Rakyat Bersatu (UPP) Sibu ke Sarikei pada 22 Julai ini.

Pengerusin­ya Datuk Andrew Wong berkata, konvoi julung kali dianjurkan itu bertujuan merapatkan hubungan antara kedua-dua bandar dalam kawasan tengah ini.

“Konvoi ini akan menjadi acara tahunan dan pada tahun depan kita akan memilih bandar lain untuk dikunjungi seperti Bintulu, Kanowit, Betong dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di pejabat LPK UPP Sibu, semalam.

Jelasnya, konvoi berkenaan diharap dapat merapatkan hubungan antara bandar Sibu dengan bandar-bandar yang dilawati.

Hadir sama ialah Tim- balannya Andrew Shilling, Pemanca Chan Pan Chan, ahli lembaga serta ahli Kelab Pemilik 4X4 Sibu.

Menurut Wong, peserta konvoi akan berkumpul di kawasan lapang bersebelah­an Kolej Laila Taib pada jam 7.30 pagi sebelum bergerak melalui Persiaran Brooke, Jalan Kampung Nyabor, Jalan Lanang seterusnya ke Sarikei.

Daripada 307 kenderaan itu, kira-kira 200 motosikal berkuasa tinggi daripada pel- bagai kelab di sini, 36 pacuan empat roda dan selebihnya kenderaan mewah serta kenderaan drift.

“Orang ramai yang berminat menyertai konvoi juga boleh turut serta,” ujarnya sambil menambah, peserta konvoi dijangka tiba di Sarikei pada jam 11 pagi.

Pada hari sama jelas Wong, turut berlangsun­g Pesta Makanan Sarikei 2017 di Sarikei, yang menyaksika­n pelbagai aktiviti dianjurkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia