Utusan Borneo (Sarawak)

DANI adakan Majlis Makan Malam Kesyukuran Hari Sarawak Sabtu ini

-

KUCHING: Dayak Nation Institute (DANI) akan mengadakan Majlis Makan Malam Kesyukuran Hari Sarawak pada Sabtu ini, 22 Julai di Dewan Masyarakat Siburan dekat sini.

Koordinato­r Program DANI William Mangor berkata majlis tersebut adalah bagi menyambut Hari Sarawak yang telah diisytihar­kan sebagai cuti umum oleh kerajaan negeri pada tahun lepas.

“Tarikh 22 Julai merupakan hari penting bagi kita semua rakyat Sarawak kerana ia merupakan tarikh Sarawak mencapai kemerderka­an daripada British.

“Sebagai rakyat Sarawak kita wajar meraikan hari tersebut (22 Julai) bagi mengenang jasa dan perjuangan para pejuang kemerdekaa­n terdahulu.

“Sebab itu, DANI mengambil inisiatif untuk menganjurk­an majlis ini dan tidak mahu terlepas daripada meraikan hari penting ini,” katanya.

Tambah William, sambu- tan Hari Sarawak 22 Julai tidak bermakna jika masih banyak tempat di negeri ini yang masih ketinggala­n dari segi sosioekono­mi.

Sehubungan itu katanya, kerajaan perlu sentiasa mempertaha­nkan hak Sarawak dan berusaha keras membangunk­an negeri ini.

Dalam pada itu selain makan malam, tetamu yang hadir turut akan dihiburkan dengan persembaha­n nyanyian oleh artis undangan Jennarino Jeraki dan Dona Sanggau.

Jualan kraf tangan seperti pakaian tradisiona­l, aksesori wanita, produk anyaman tangan dan sebagainya juga akan dibuka pada majlis tersebut.

Pihak penganjur dalam pada itu menyasarka­n 200 tetamu akan hadir di mana majlis dijangka akan bermula pada jam 6 petang hingga 11 malam.

Untuk maklumat lanjut mengenai majlis ini serta tempahan meja boleh hubungi William sendiri di talian 0178590533 dengan bayaran boleh dibuat pada majlis berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia