Utusan Borneo (Sarawak)

‘AnleneTM Wellness Check’ secara percuma di Emart Batu Kawa, 21-23 Julai

-

KUCHING: Fonterra Brands Malaysia menyediaka­n pemeriksaa­n ‘ AnleneTM Wellness Check’ secara percuma di Emart Batu Kawa dekat sini bermula hari ini, 21 Julai hingga Ahad ini, 23 Julai.

Pemeriksaa­n ‘Anlene Wellness Check’ ini merupakan salah satu inisiatif baharu Anlene untuk membantu rakyat Malaysia mengamalka­n pemakanan dan gaya hidup sihat.

Dalam pemeriksaa­n ‘Anlene Wellness Check’, indikator kesihatan jantung dinilai melalui ukur lilit pinggang.

Penilaian ini merupakan cara pantas dan senang untuk memberi gambaran mengenai kandungan lemak abdominal di mana ukur lilit pinggang yang lebih lebar mungkin menyumbang kepada ‘3 serangkai’ yang akan meningkatk­an risiko terhadap penyakit jantung.

Penasihat Anlene akan berkongsi tip-tip pemakanan dan gaya hidup sihat dengan pengguna, supaya mereka dapat mengambil langkahlan­gkah bersesuaia­n dengan menjaga kesihatan jantung, tulang, sendi dan otot yang baik untuk pergerakan badan.

Dalam pada itu, Anlene baru-baru ini telah melancarka­n produk baharu iaitu Anlene Heart-Plus yang mengandung­i formula dwi-aksi MovemaxTM dan Heart-MaxTM yang mengandung­i nutrien yang ditawarkan MoveMaxTM dan gabungan nutrien Heart-MaxTM seperti sterol tumbuhan untuk membantu mengurangk­an kolesterol serta mengandung­i Omega 3.

Sempena pemeriksaa­n percuma di Emart Batu Kawa selama tiga hari ini, pelanggan boleh mendapatka­n diskaun bagi produk-produk Anlene.

Setiap pembelian ke atas mana-mana produk Anlene bernilai RM30 dan ke atas dalam satu resit, pelanggan layak menerima hadiah percuma seperti kain, beg, kasut, payung dan termos dengan kuantiti terhad.

Pemerikaan kesihatan percuma akan bermula dari jam 10 pagi hingga 9.30 malam dan orang ramai diminta tidak melepaskan peluang ini untuk menjalani pemeriksaa­n kesihatan masing-masing.

Program ini antara lain juga merupakan inisiatif Fonterra Brands Malaysia dan Anlene untuk menyumbang semula kepada masyarakat.

Fonterra adalah pengekspor­t produk tenusu terbesar dunia manakala AnleneTM merupakan rangkaian produk tenusu yang dirumus khas untuk orang dewasa dalam menjaga kesihatan tulang, sendi dan otot.

 ??  ?? GANJARAN: Dapatkan hadiahhadi­ah percuma ini dengan pembelian ke atas mana-mana produk Anlene bernilai RM30 dan ke atas dalam satu resit sah mulai 21 hingga 23 Julai ini.
GANJARAN: Dapatkan hadiahhadi­ah percuma ini dengan pembelian ke atas mana-mana produk Anlene bernilai RM30 dan ke atas dalam satu resit sah mulai 21 hingga 23 Julai ini.
 ??  ?? NASIHAT: Konsultan Anlene memberi nasihat kepada pelanggan pada pemeriksaa­n ‘AnleneTM Wellness Check’ di Emart Batu Kawa.
NASIHAT: Konsultan Anlene memberi nasihat kepada pelanggan pada pemeriksaa­n ‘AnleneTM Wellness Check’ di Emart Batu Kawa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia