Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki didenda RM3,500 hantar komunikasi jelik gambar PM

Dengan tujuan menyakiti hati orang lain menerusi FB pada Dis 2016

-

KUALA LUMPUR: Seorang pembantu kedai kasut didenda RM3,500 dan dipenjara sehari oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam kerana menghantar komunikasi jelik dengan cara mengedit gambar wajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama wanita berpakaian menjolok mata, melalui akaun Facebookny­a, tahun lepas.

Hakim Zaman Mohd Noor menjatuhka­n hukuman itu terhadap Muhammad Zaidi Abdullah, 40, yang merupakan Orang Kena Saman (OKS), selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah semalam atas tiga pertuduhan.

Hari ini (semalam) ditetapkan untuk sebutan semula kes.

Mahkamah menjatuhka­n hukuman denda masingmasi­ng RM1,000 atau penjara sebulan jika gagal membayar denda bagi pertuduhan pertama dan kedua.

Bagi pertuduhan ketiga OKS didenda RM1,500 dan

Budaya menghina dan membuat komen-komen jelik sudah satu kebiasaan di alam maya dan tugas mahkamah adalah menjatuhka­n hukuman bagi menunjukka­n mahkamah serius supaya kejadian seperti ini tidak berulang.

dipenjara sehari.

Hakim itu juga memerintah­kan dia dipenjara dua bulan jika gagal membayar denda.

Bagi pertuduhan pertama hingga ketiga, Muhammad Zaidi didakwa menggunaka­n perkhidmat­an aplikasi melalui laman profil Facebook ‘Zaidi Zura’ di suatu pautan secara sedar membuat dan memulakan penghantar­an komunikasi yang jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitka­n hati orang lain pada jam 4.07 pagi, 6.31 petang dan 7.35 petang pada tarikh 3, 5 dan 6 Dis 2016.

Kesemua pautan itu kemu- dian telah dibaca di sebuah alamat No.A-1110, Tingkat 11, Menara A, Pandan Kapital, Jalan Pandan Utama, Pandan Indah di sini, pada jam 5 petang, 3 Jan 2017.

Zaman ketika membuat keputusan itu berkata mahkamah mempertimb­angkan faktor kepentinga­n awam dan mengambil kira permohonan maaf daripada OKS ketika menjatuhka­n hukuman.

“Mahkamah juga mendapati OKS tidak mempunyai rekod lampau dan kesalahan itu merupakan kesalahan pertamanya,” kata hakim itu.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia Mohd Sophian Zakaria memohon mahkamah menjatuhka­n hukuman penjara kerana masyarakat hari ini terutama netizen seolah-olah tidak takut kepada undang-undang.

“Hinaan yang dibuat ini kepada Perdana Menteri dan tidak boleh membuat posting yang boleh menghina jawatan tertinggi negara.

“Budaya menghina dan membuat komen-komen jelik sudah satu kebiasaan di alam maya dan tugas mahkamah adalah menjatuhka­n hukuman bagi menunjukka­n mahkamah serius supaya kejadian seperti ini tidak berulang,” katanya.

Peguam Adlizan Noor, yang mewakili Muhammad Zaidi merayu hukuman ringan atas alasan anak guamnya sudah mengaku salah dan menyesal atas kesalahan yang dilakukann­ya.

“Anak guam saya sentiasa memberikan kerjasama penuh dalam siasatan dan sudah insaf serta memohon maaf kepada Perdana Menteri atas kesalahan yang dilakukann­ya,” kata peguam itu.

Berdasarka­n fakta kes, pengadu telah membaca satu ‘posting’ Facebook atas nama’Zaidi Zura’, dan pengadu berasa marah dan sakit hati kerana tindakan OKS mempersend­akan pemimpin negara adalah suatu perbuatan tidak bermoral.

Pengadu kemudian membuat laporan kepada SKMM berhubung perbuatan Muhammad Zaidi.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama yang memperuntu­kkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan boleh didenda RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan, jika sabit kesalahan.

Muhammad Zaidi yang ditemani isterinya membayar denda itu. — Bernama

Zaman Mohd Noor Hakim

 ??  ?? TAHAN: Suspek kes curi ditahan selepas permohonan reman dibuat kelmarin.
TAHAN: Suspek kes curi ditahan selepas permohonan reman dibuat kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia