Utusan Borneo (Sarawak)

Orang awam turut bertanggun­gjawab elak kes tipu dalam talian berleluasa

-

SIBU: Masyarakat di sini dinasihat supaya turut bertanggun­gjawab menghenti penipuan atas talian daripada berleluasa kerana hanya orang awam sahaja boleh mengelakka­n diri daripada menjadi mangsa.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Saiful Bahri Abdullah berkata beliau kerap kali menasihatk­an orang ramai, namun masih ada tertipu oleh individu yang mereka sendiri tidak kenal.

“Saya hairan masih ada tertipu walaupun polis su- dah banyak kali memberi nasihat kepada umum,” katanya pada satu sesi perjumpaan bersama wakil media di sini petang Rabu lepas.

Katanya, jika masyarakat sendiri tidak peka untuk menghentik­an penipuan, maka bilangan kes akan terus meningkat.

Menurutnya, kebanyak modus operandi penipuan atas talian adalah sama.

Katanya, mereka mula berkenalan melalui Facebook dan selepas itu mem- beritahu mangsa bahawa mereka akan menghantar hadiah, namun dalam proses itu timbul masalah kerana hadiah tersebut telah disekat kastam.

Sejurus itu, mangsa dikehendak­i untuk membayar wang untuk pelepasan hadiah berkenaan.

“Biasanya, penipu akan bermula dengan mengutus mesej dengan kata-kata yang mengujakan dalam bahasa Inggeris kepada pemegang akaun Facebook yang disasarkan,” Kata Saiful.

Setelah lama- kelamaan berkomunik­asi, penggunaan bahasa Inggeris penipu semakin teruk dan penuh dengan kesilpan tatabahasa.

“Jika ada mesej menawarkan hadiah di dalam Facebook anda, lebih baik jangan dilayan atau padamkan terus suis komputer,” katanya.

Beliau menambah bahawa ia hanya merugikan apabila mereka (mangsa) sudah tertipu baharu mereka mahu bertindak untuk membuat laporan polis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia