Utusan Borneo (Sarawak)

Sembilan warga asing ditahan berhubung ‘Macau Scam’

-

KUALA LUMPUR: Polis menahan sembilan warga negara asing serta seorang rakyat tempatan Isnin lepas yang dipercayai anggota sindiket ‘ Macau Scam’ yang menyasarka­n rakyat China hingga menyebabka­n kerugian lebih RM3 juta dalam kalangan mangsa.

Ketua Jabatan Komersial Jenayah Komersial ( JSJK) Kuala Lumpur, ACP Mohd Luthfi Ismail Abdullah berkata mereka ditahan di Bandar Baru Seri Petaling di sini dalam operasi kira-kira jam 6 petang oleh sepasukan anggota daripada JSJK Sentul.

Mereka termasuk seorang wanita terdiri daripada warganegar­a China dan seorang lelaki tempatan berumur antara 20 dan 50 tahun, katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini semalam.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati sindiket yang dipercayai beroperasi sejak April lepas telah menjadikan negara ini sebagai pusat operasi bagi menjalanka­n aktiviti penipuan terhadap rakyat China.

“Antara barang yang dirampas dalam serbuan itu ialah 52 buah telefon bimbit pelbagai jenama, 29 kad sim dan 176 kad ATM pelbagai bank,” katanya.

Mohd Luthfi berkata setiap anggota sindiket menerima bayaran gaji antara RM3,000 hingga RM5,000 sebulan dan warga asing yang ditahan itu didapati telah beberapa kali masuk ke negara ini sejak akhir 2015 dengan menggunaka­n pas pelajaran dan pas lawatan sosial.

Menjelaska­n modus operandi kumpulan itu, beliau berkata suspek akan membuat panggilan telefon kepada mangsa dan menyamar sebagai ejen bank tertentu atau pegawai polis.

“Suspek akan menghubung­i mangsa secara rawak dengan menyatakan akaun bank milik mangsa mengalami masalah. Bagi mengatasi masalah itu, suspek kemudianny­a akan meminta mangsa melakukan pemindahan wang dari akaun sedia ada milik mangsa ke akaun baharu yang ditetapkan.

“Mangsa yang terpedaya akan memindahka­n sejumlah wang ke akaun baharu tersebut. Mangsa hanya akan menyedari mereka ditipu apabila akaun baharu tersebut tidak dapat digunakan selepas proses pemindahan wang selesai,” katanya.

Mohd Luthfi berkata kesemua suspek direman sehingga Sabtu ini untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia