Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki ditahan bersama barang dilapor hilang di Kg Gadong

-

LIMBANG: Polis menemui kembali beberapa barangan dilaporkan hilang di Kampung Gadong awal bulan ini dengan penangkapa­n seorang lelaki di sini pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Limbang Superinten­den Mohd Bukhori Saffai berkata, suspek berusia 54 dari Kampung Buang Abai ditahan jam 8.43 pagi.

“Antara barangan dirampas termask sebuah beg bewarna hitam dan sehelai topi berwarna merah yang dilaporkan hilang dalam kejadian itu,” katanya.

Jelasnya, suspek ditahan reman selama tiga hari bermula semalam hingga Ahad ini.

Pada 2 Julai lepas, mangsa, seorang wanita mendakwa rumahnya dipecah masuk hingga menyebabka­n kerugian RM2,500.

Antara barangan dilapor hilang ialah barangan kemas, jam tangan, sejumlah wang tunai, pakaian serta peralatan mandi dan sebagainya.

Kes tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Dalam kes berasingan seorang lelaki ditahan dipercayai menjalanka­n kegiatan penjualan nombor ekor haram di belakang bangunan, Jalan Sungai Bangkita di sini petang kelmarin.

Suspek berketurun­an Cina, menjalanka­n kegiatan itu ditahan sekitar jam 4.10 petang .

Mohd Bukhori berkata ketika tangkapan dilakukan suspek dipercayai sedang menjalanka­n operasi menjual nombor ekor haram kepada pelanggann­ya.

Bagaimanap­un katanya kegiatan itu berjaya digagalkan dengan penangkapa­n suspek di kawasan berkenaan.

“Turut dirampas adalah wang tunai berjumlah RM630, telefon bimbit, serta pelbagai peralatan yang dipercayai digunakan untuk tujuan sama.

“Kes berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 4A(a) ARJT 1953,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia