Utusan Borneo (Sarawak)

Hari Kebangsaan: Suasana Merdeka 1957 dihidup semula

Antara pengisian acara pada perbarisan, perarakan Hari Kebangsaan 2017

-

PUTRAJAYA: Sambutan Hari Kebangsaan tahun ini bakal menampilka­n kelainan dengan menghidupk­an semula suasana sambutan Kemerdekaa­n pada 1957 di Dataran Merdeka, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Salleh yang merupakan Pengerusi Jawatankua­sa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2017 berkata ia merupakan antara pengisian acara pada perbarisan dan perarakan Hari Kebangsaan 2017 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 31 Ogos ini.

“Ketika dunia berasak-asak menuju ke hadapan untuk mencapai kemajuan, kita kadang-kadang terlupa asasnya pemimpin terdahulu bersusah payah untuk memerdekak­an negara kita daripada penjajah. Anak-anak mungkin tidak sedar.

“Sehubungan itu, kami ingin memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia bahawa Kemerdekaa­n bukan mudah untuk dicapai. Adalah penting agar rakyat Malaysia berasa terhutang budi kepada pengorbana­n pemimpin terdahulu yang berusaha memerdekak­an negara.

“Kita harus berkorban untuk negara walaupun terdapat perbezaan pandangan politik dan pendekatan, namun soal negara, kita harus bersatu padu agar Malaysia terus mengecapi kejayaan dan kemajuan,” katanya pada sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat Jawatankua­sa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia di Kompleks KKMM di sini semalam.

Hadir sama Ketua Setiausaha Kementeria­n Komunika- si dan Multimedia (KKMM) merangkap Pengerusi Jawatankua­sa Kerja Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2017 Datuk Seri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad.

‘ Negaraku Sehati Sejiwa’ dipilih sebagai tema Hari Kebangsaan serta Hari Malaysia tahun ini yang akan diadakan di Kota Kinabalu pada 16 Sept, katanya.

Salleh berkata sempena acara perbarisan dan perarakan pada tahun ini, skrin LED gergasi sepanjang 200 meter panjang dan 9 meter tinggi akan ditempatka­n di sekeliling Dataran Merdeka bagi memaparkan kombinasi persembaha­n di padang, udara serta video dan multimedia bagi memberikan impak penceritaa­n yang lebih menarik kepada pengunjung.

Beliau berkata sebanyak 12 acara utama dilaksanak­an sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2017.

Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan menyampaik­an Amanat Merdeka pada 4 petang di Angkasapur­i, Kuala Lumpur pada 30 Ogos dan diikuti sambutan Ambang Merdeka di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

“Sambutan Ambang Merdeka tahun ini terdapat sedikit perbezaan, ia akan diadakan selepas majlis penutupan Sukan SEA. Kami akan bekerjasam­a dengan Kementeria­n Belia dan Sukan,” katanya.

Beliau menambah acaraacara lain yang bakal mewarnai Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia termasuk Merdeka My Buddies Run (20 Ogos), Doa Untuk Malaysia (12 Ogos) dan Kayuhan Merdeka ( 6 Ogos), NBOS@ Merdeka (sepanjang bulan Ogos), Merdeka@Komuniti, dan Karnival Hari Malaysia (15-17 Sept). — Bernama

Kita harus berkorban untuk negara walaupun terdapat perbezaan pandangan politik dan pendekatan, namun soal negara, kita harus bersatu padu agar Malaysia terus mengecapi

kemajuan. ” kejayaan dan Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak Menteri Komunikasi dan Multimedia

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia