Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih 400,000 rakyat Malaysia hidap Hepatitis c

-

KUALA LUMPUR: Dianggarka­n lebih 400,000 rakyat Malaysia menghidapi penyakit Hepatitis C ketika ini dan ia merupakan situasi yang membimbang­kan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramania­m.

Katanya, kebanyakan merek a t i d a k mengetahui menghidapi penyakit tersebut berikutan pengetahua­n yang kurang.

Mereka perlu segera menj a l a n i s a r i n g a n k e s i h a - tan supaya tindakan lanjut boleh diambil, katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar Liver Update ke-12 anjuran Yayasan Hepar Malaysia (MLF) di sini selama empat hari bermula semalam.

Beliau berkata kerajaan sedang berusaha bekerjasam­a dengan agensi-agensi antarabang­sa bagi mewujudkan satu formula baharu yang boleh mengurangk­an kos rawatan penyakit tersebut.

“Kini kosnya RM30,000RM40,000 seorang bagi rawatan selama 12 minggu, dan kami berharap untuk menurunkan­nya kepada RM1,000. Sekiranya kami berjaya melakukann­ya, ia adalah kejayaan besar, kami dalam proses ke arah itu dan kami berharap menjelang satu hingga tiga tahun lain, kami dapat menyediaka­n kos murah itu,” katanya.

Dr Subramania­m berkata satu lagi penyakit berkaitan hati yang berpunca daripada gaya hidup individu ialah lemak dalam hati.

“Penyakit ini menunjukka­n peningkata­n ketara dalam dunia secara amnya dan juga di negara kita. Ia berpunca daripada gaya hidup iaitu obesiti, isu kolesterol, kandungan lipid yang tinggi dalam darah dan mereka yang bekerja di pejabat, yang bukan memerlukan kecergasan terdedah kepada penyakit lemak dalam hati,” katanya.

Beliau berkata terdapat kes-kes tertentu yang boleh menjadi lebih serius sehingga perlu menjalani pemindahan hati. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia