Utusan Borneo (Sarawak)

Sasaran 35 peratus tenaga mahir pada 2020 boleh dicapai

-

JOHOR BAHRU: Sasaran untuk meningkatk­an tenaga kerja mahir negara daripada 28 peratus pada 2015 kepada 35 peratus dalam tempoh tiga tahun akan datang, tidak mustahil dicapai.

Ini kerana berdasarka­n peratusan tidak rasmi yang dikeluarka­n oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada 2016, tenaga kerja itu dilihat sudah berada pada kadar 31 peratus, sekali gus menjadi bukti bahawa sasaran tersebut mampu terlaksana, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem.

“Kita hanya perlu berusaha lebih lagi dalam tempoh tiga tahun ini. Selain itu, kita menjangkak­an sebanyak 1.5 juta peluang pekerjaan baharu akan wujud menjelang 2020, yang 60 peratus atau kira- kira 900,000 daripadany­a memerlukan tenaga mahir dalam bidang teknikal dan vokasional,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Jabatan Tenaga Manusia (JTM)-Samsung Tech Academy di Institut Latihan Perindustr­ian (ILP) Pasir Gudang di sini semalam.

Pada majlis berkenaan, turut diadakan majlis menandatan­gani memorandum persefaham­an ( MoU) antara JTM, Kementeria­n Sumber Manusia dan Samsung Malaysia Electronic­s (SME) Sdn. Bhd bagi melahirkan lebih ramai tenaga kerja yang berkeboleh­pasaran tinggi.

Menurut Riot, kerjasama sebegini adalah penting dalam membantu Malaysia menjadi sebuah negara berpendapa­tan tinggi, seperti yang terkandung dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11).

Setakat ini, terdapat 32 institut kemahiran berada di bawah JMT dan lapan daripadany­a menawarkan sijil diploma dalam Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

“Untuk bersaing, kita memerlukan lebih ramai lagi tenaga kerja yang memiliki sijil kelulusan yang tinggi supaya mereka boleh pergi lebih jauh dan MoU ini merupakan tambah nilai kepada tenaga kerja tempatan untuk mendapat pendedahan teknologi terkini yang digunakan oleh syarikat-syarikat elektronik gergasi,” jelasnya.— Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia