Utusan Borneo (Sarawak)

Indonesia-Malaysia jalani latihan ketenteraa­n perangi terrorisme

-

KUALA LUMPUR: Indonesia dan Malaysia akan mengadakan latihan ketenteraa­n bersama bagi memerangi ancaman terrorisme di keduadua negara.

Jeneral Tentera Nasional Indonesia Gatot Nurmantyo berkata perkara itu dipersetuj­ui bersama oleh Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor pada Sidang Jawatankua­sa Peringkat Tertinggi Malaysia- Indonesia (HLC Malindo) Ke-13.

Gatot berkata latihan itu wajar diadakan kerana Malaysia dan Indonesia berkongsi musuh yang sama dan berdepan ancaman terrorisme nyata.

“Oleh itu, kedua- dua negara bersepakat untuk menjalani latihan bersama dan menyedari pentingnya menghadapi semua ini (ancaman terrorisme).

“Maka, angkatan bersenjata (pasukan tentera) negara mas- ing-masing perlu bekerjasam­a sehingga boleh mewujudkan situasi aman, kondusif dan pertumbuha­n ekonomi negara yang lancar,” katanya pada sidang berita selepas menghadiri Sidang HLC Malindo Ke-13 di sini, semalam.

Gatot berkata Indonesia dan Malaysia juga bersetuju untuk mengadakan pertukaran tenaga pengajar tentera di antara kedua-dua negara bagi berkongsi pengalaman.

Sementara itu, Raja Mohamed Affandi berkata Sidang HLC Malindo itu mencapai banyak kesepakata­n membabitka­n operasi, latihan, sosioekono­mi, pendidikan dan kepolisan.

HLC Malindo yang dipengerus­ikan bersama oleh Gatot dan Raja Mohamed Affandi membincang­kan isu- isu yang mempunyai kepentinga­n bersama terutamany­a isu keselamata­n di sepanjang kawasan sempadan keduadua negara. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia