Utusan Borneo (Sarawak)

Hatrik Taylor pastikan England ‘ratah’ Scotland 6-0

Sepanyol tewaskan Portugal pada aksi pembukaan Kumpulan D kejohanan Euro Wanita di Doetinchem

-

DOETINCHEM, Belanda: Jodie Taylor menjaringk­an hatrik ketika England membelasah pendatang baharu kejohanan, Scotland 6-0 pada kejohanan Euro Wanita sementara Sepanyol menewaskan Portugal pada perlawanan pembukaan Kumpulan D di sini Rabu lepas.

Di Utrecht, Taylor, membuka jaringan seawal minit ke- 11 dari satu umpanan Lucy Bronze sebelum menambah jaringan pada minit ke-27.

Ellen White menjadikan kedudukan 3-0 lima minit kemudian selepas bola rembatan Jill Scott terkena palang sebelum Taylor melengkapk­an hatrik pada minit ke-53 dengan melambung bola melepasi penjaga gol Gemma Fay.

Jordan Nobbs menjaringk­an gol kelima tiga minit sebelum tamat permainan sebelum pemain gantian, Toni Duggan, melengkapk­an jaringan pada minit kecederaan ketika England mencipta kemenangan terbesar dalam sejarah kejohanan.

“Saya berasa gembira menjaringk­an tiga gol tetapi saya gagal menjaringk­an gol tanpa bantuan rakan-rakan sepasukan,” kata Taylor.

“Dua tahun terakhir adalah sukar. Ia satu pencapaian besar bagi diri saya untuk berada di sini.”

Scotland mempunyai beberapa peluang dalam kedua- dua babak tetapi jelas dikuasai lawannya pada penampilan sulung mereka di kejohanan antarabang­sa dan mengekalka­n rekod

Saya berasa gembira menjaringk­an tiga gol tetapi saya gagal menjaringk­an gol tanpa bantuan rakan-rakan sepasukan. Jodie Taylor Penyerang England

kekalahan kepada England dalam tujuh perlawanan kompetetif.

“Ia adalah penampilan pertama yang sukar bagi kami tetapi saya fikir kami bermain dengan baik menentang pasukan yang kuat, antara calon juara,” kata jurulatih Scotland, Anna Signeul.

“Kami berasa kecewa kerana tewas dengan bolos begitu banyak gol. Kami akan belajar dari semua ini dan memperbaik­i benteng pertahanan kami. Semuanya belum berakhir.”

Di Doetinchem, gol dalam separuh masa pertama oleh Vicky Losada dan Amanda Sampedro membolehka­n Sepanyol mencipta kemenangan 2-0 ke atas Portugal, yang juga membuat penampilan sulung pada kejohanan ini.

Losada membuka jaringan pada minit ke- 23 selepas menerima umpanan Andrea Pereira sebelum Sampedro menjadikan kedudukan 2-0 tiga minit sebelum rehat dari satu umpanan Mariona Caldentey.

“Saya berasa gembira dengan keputusan ini, separuh masa pertama kami hampir sempurna,” kata jurulatih Sepanyol, Jorge Vilda.

“Mereka begitu kuat di bahagian pertahanan tetapi kami beraksi lebih baik.”

S e p a n y o l , y a n g menewaskan Portugal sebanyak dua kali dalam kempen kelayakan Euro 2017, memulakan perlawanan dengan tujuh pemain yang beraksi untuk Barcelona dalam perlawanan separuh akhir Liga Juara-Juara.

Mereka menunjukka­n penguasaan mereka dari awal, dengan Jennifer Hermoso melihat rembatan tersasar pada awal permainan sementara Silvia Meseguer melihat rembatanny­a ditepis penjaga gol Portugal.

Separuh masa kedua juga dengan situasi yang sama di mana Sepanyol mengawal sepenuh permainan dan tidak kelihatan terancam oleh pergerakan penyerang lawan.

“Kami tahu kami harus menutup semua ruang dalam separuh masa pertama tetapi mereka ternyata terlalu bagus,” kata jurulatih Portugal, Francisco Neto.

“Ia bukan mudah untuk mengawal bola apabila menentang pasukan seperti Sepanyol.” — AFP

 ??  ?? AKSI HEBAT: Taylor (dua kiri) meraikan jaringanny­a bersama rakan sepasukan pada aksi di Stadium Galgenwaar­d, Utrecht Rabu lepas.
AKSI HEBAT: Taylor (dua kiri) meraikan jaringanny­a bersama rakan sepasukan pada aksi di Stadium Galgenwaar­d, Utrecht Rabu lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia