Utusan Borneo (Sarawak)

Arsenal tawar Chamberlai­n sebagai pertukaran dapatkan khidmat Matic

-

LONDON, England: Kelab Arsenal dilaporkan membuat tawaran mengejutka­n kepada Chelsea untuk menukarkan penyerangn­ya, Alex OxladeC ham berlain dengan pemain tengah Chelsea, Nemanja Matic.

Arsenal bekerjaker­as untuk memperkuat­kan skuadnya dalam usaha untuk memberikan saingan yang serius untuk kejuaraan Liga Perdana Inggeris dan kembali beraksi dalam Liga Juara-Juara.

Dan pengurus kelab, Arsene Wenger, sudah berbelanja dengan satu rekod perpindaha­n kelab – 45 juta poundun-tuk mendapatka­n penyerang Alexandre Lacazette dari Lyon. Arsenal juga difahamkan mahu memburu penyerang remaja Monaco, Kylian Mbappe, dengan akhbar Sepanyol, Marca, mendakwa satu bidaan lebih dari 123 juta pound telah dibuat pada awal musim panas ini.

Bagaimanap­un, ia kelihatan kehadiran terbaharu di Stadium Emirates mungkin seorang pemain tengah, sekiranya Chelsea berminat dengan cadangan pertukaran pemain.

Menu- r u t laporan, Arsen a l

dikatakan sedang berbincang deng a n Chelsea dan Wenger difahamkan menawarkan OxladeC ham berlain sebagai per- tukaran un-tuk Matic. Ke dua- dua pemain sudah dikaitkan dengan perpindaha­n keluar dari kelab sejak akhir musim lepas. Pengurus Chelsea, Antonio Conte, juga difahamkan berminat mendapatka­n OxladeC ham berlain, yang akan tamat kontrak pada bulan Jun tahun hadapan. Tetapi dengan Chelsea sudah bersetuju dengan perpindaha­n Alvaro Morata dengan nilai 80 juta euro dari Real Madrid, minat untuk mendapatka­n seorang lagi penyerang mungkin berakhir. Minat Arsenal untuk mendapatka­n Matic juga sesuatu yang menge- jutkan kerana Wenger sudah memiliki barisan pemain tengah bertahan yang berbakat seperti Francis Coquelin, Mohamed Elneny dan Granit Xhaka.

Matic dikaitkan perpindaha­n ke Manchester United, Juventus atau Inter Milan dan Chelsea berkemungk­inan besar enggan melepaskan pemain itu kepada kelab yang bakal bersaing dalam Liga Perdana Inggeris. — Reu

ters

 ?? — Gambar Reuters ?? LICIK: Matic (atas) berjaya melepasi kawalan kapten Manchester City, Vincent Kompany ketika beraksi pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stadium Etihad, Manchester dalam gambar fail bertarikh 3 Februari 2014.
— Gambar Reuters LICIK: Matic (atas) berjaya melepasi kawalan kapten Manchester City, Vincent Kompany ketika beraksi pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stadium Etihad, Manchester dalam gambar fail bertarikh 3 Februari 2014.
 ??  ?? CHAMBERLAI­N
CHAMBERLAI­N

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia