Utusan Borneo (Sarawak)

Chelsea, Real mencapai kata sepakat

Morata bakal memuktamad­kan perpindaha­n yang dilaporkan bernilai 80 juta euro

-

LONDON, England: Chelsea sudah mencapai satu persetujua­n untuk membeli penyerang antarabang­sa Sepanyol, Alvaro Morata dari Real Madrid untuk apa yang dilaporkan bernilai 80 juta euro, menurut pengumuman oleh kedua-dua kelab Rabu lepas.

“Kelab Bola Sepak Chelsea dan Real Madrid sudah bersetuju terma untuk perpindaha­n Alvaro Morata ke Stamford Bridge,” kata Chelsea menerusi laman sesawang rasmi kelab.

“Perpindaha­n akan disahkan sekiranya persetujua­n terma peribadi dicapai dan lulus pemeriksaa­n perubatan.”

Real Madrid juga mengesahka­n berita itu dalam satu kenyataan ringkas di laman sesawang rasmi mereka.

“Kelab mahu menyuaraka­n ucapan terima kasih di atas dedikasi, profesiona­lisme dan contoh yang baik yang ditunjukka­n oleh pemain sejak bertahun-tahun, bermula dari di akademi kelab sehingga beraksi dalam skuad

Kelab Bola Sepak Chelsea dan Real Madrid sudah bersetuju terma untuk perpindaha­n Alvaro Morata ke Stamford Bridge. Kenyataan rasmi Chelsea

utama,” tambah kenyataan.

Chelsea sebelum ini dilaporkan mengemukak­an tawaran bernilai 70 juta euro untuk penyerang berusia 24 tahun itu tetapi Real Madrid, menurut stesen radio Cadena Ser, hanya bersetuju untuk penjualan 80 juta euro.

Morata kini dijangka akan meninggalk­an kem latihan pramusim Real Madrid di Amerika Syarikat secepat mungkin untuk memuktamad­kan perpindaha­n.

Media British minggu lepas melaporkan Chelsea menawarkan Morata kontrak lima tahun di Stamford Bridge dengan gaji 150,000 pound seminggu.

Real mengguna pakai syarat pelepasan kontrak untuk membawa Morata kembali dari Juventus setahun yang lalu selepas menyertai Juventus pada 2014, beberapa hari selepas Antonio Conte meninggalk­an Juventus untuk menyertai Chelsea.helsea.

Beliau men-menjaringk­an 20 gol dalam 433 penampilan ketika Real mempertaha­nkan kejuaraan Liga JuaraJuara selain menewaskan­n Barcelona un-ntuk memenangia­ngi kejuaraan La Liga Sepanyol.

Morata sebelum ini dikaitkan dengan perpindaha­n ke Manchester United tetapi minat mereka berakhir selepas mendapatka­n penyerang Everton, Romelu Lukaku. Morata memberitah­u akhbar The Guardian pada bulan ApApril di mana Conte,te, yang memujuk bbeliau u untuk b e rp pindah k ke Juvventus, telah memmemberi­kankan beliau keyakinan ke yakin a diri ddan jjuga bbeliauli tidak sabar untuk bekerja dengan pengurus dari Itali itu suatu hari nanti. “Saya berasa terhutang budi kepada beliau kerana beliau adalah jurulatih yang paling percaya dengan saya, yang mahukan saya di kelab dan menjadikan saya merasakan saya boleh beraksi di peringkat tertinggi,” kata Morata.

Kehadiran Morata di London mungkin isyarat jelas berakhirny­a kerjaya rakan senegara Morata, Diego Costa, dengan Costa dilaporkan akan kembali ke bekas kelabnya, Atletico Madrid.

Costa diberikan rehat tambahan oleh Chelsea dan juga tidak menjalani permulaan sesi latihan pramusim selepas pemain berusia 28 tahun itu mendedahka­n beliau tidak berada dalam perancanga­n Conte untuk musim baharu.

Pemain kelahiran Brazil itu berminat untuk meny- ertai semula Atletico walaupun kelab itu tidak dibenarkan mendaftar pemain baharu sehingga bulan Julai kerana hukuman larangan perpindaha­n oleh badan induk bola sepak dunia, FIFA. — AFP

 ??  ?? MORATA
MORATA
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia