Utusan Borneo (Sarawak)

Masa depan Barkley jadi tanda tanya

-

LIVERPOOL, England: Pemain ten- gah antarabang­sa Eng-

land , Ross Barkley, menjalani pembedahan memulihkan kecederaan pangkal paha Rabu lepas dan dijangka tidak akan dapat memulakan musim baharu Liga Perdana Inggeris 2016/2017 ekoran spekulasi berterusan mengenai masa depannya.

Everton berkata pemain berusia 23 tahun itu perlu berehat selama empat minggu selepas tidak bersama-sama skuad untuk jelajah pramusim ke Tanzania dan juga Belanda. Masa depan Barkley di Goodison Park masih tidak pasti selepas pengurus kelab, Ronald Koeman berkata pada bulan Mei di mana pemain itu bakal dijual pada musim panas ini jika beliau tidak menandatan­gani kontrak baharu.

Koeman berkata minggu lepas di mana situasi berkaitan Barkley masih jauh dari mencapai penyelesai­an.

Everton memulakan musim baharu di gelanggang sendiri dengan menentang sama ada kelab dari Slovakia, Ruzomberok atau kelab dari Norway, Brann pada 27 Julai untuk perlawanan pertama pusingan ketiga kelayakan Liga Europa.

Mereka juga tidak akan dapat menurunkan pemain pertahanan tengah, Ramiro Funes Mori, yang turut menjalani pembedahan di Barcelona selepas kecederaan yang dialaminya ketika bermain untuk Argentina pada bulan Mac.

Funes Mori hampir pasti tidak akan beraksi untuk sepanjang musim hadapan kerana akan berdepan di antara enam hingga sembilan bulan proses pemulihan.

Everton, yang menamatkan saingan liga di tangga ketujuh musim lepas, memulakan musim baharu Liga Perdana Inggeris menentang Stoke City di Goodison Park pada 12 Ogos. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? BEREHAT PANJANG: Barkley (kiri) tidak akan menyertai Everton ke Tanzania dan Belanda pada jelajah pramusim.
— Gambar Reuters BEREHAT PANJANG: Barkley (kiri) tidak akan menyertai Everton ke Tanzania dan Belanda pada jelajah pramusim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia