Utusan Borneo (Sarawak)

25 kelab takraw berentap buru kejuaraan Piala PEKEMA

-

KUCHING: Sejumlah 25 kelab sepak takraw bakal berentap bagi memburu kejuaraan pada Kejohanan Sepak Takraw Piala PEKEMA Sarawak 2017 Regu Terbuka, Antara Kelab-Kelab di Sarawak yang akan diadakan dari 21 hingga 23 Julai di Dewan Sepak Takraw Kampung Bandung, Sibu.

Setiausaha­PersatuanP­engimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA), Polycarp J Garston berkata penyertaan datang dari beberapa bahagian negeri seperti Kuching, Betong, Bintulu, Miri, Sibu, Mukah dan Sarikei.

“Kejohanan ini akan merupakan salah satu daripada tanggungja­wab sosial korporat (CSR) PEKEMA untuk menggalakk­an masyarakat terutama golongan belia mempraktik­kan gaya hidup sihat dengan bersukan.

“Kita berharap melalui kejo- hanan ini, sukan sepak takraw kembali popular dalam kalangan masyarakat kerana ia merupakan sukan warisan,” katanya pada majlis penyerahan piala pusingan bertempat di ibu pejabat PEKEMA di sini semalam.

Beliau bercakap mewakili Presiden PEKEMA merangkap Presiden Persatuan Sepak Takraw Sarawak (PSS) Dato Sri Abang Khalid Abang Marzuki.

Menurut Polycarp lagi, kejohanan itu juga akan menjadi landasan pemilihan pemain Sarawak untuk bersaing pada Kejohanan Sepak Takraw Piala Ketua Menteri Sarawak 2017, Jemputan Antarabang­sa yang akan diadakan dari 3 hingga 6 Ogos di Stadium Bandaraya Miri.

Sehubungan itu, beliau menyeru kepada semua pasukan untuk memberikan perse- mbahan terbaik dengan harapan dapat dipilih untuk mewakili negeri.

“Kita menyeru warga Sibu dan kawasan berdekatan untuk turun beramai-ramai memberikan sokongan serta memeriahka­n kejohanan itu nanti,” tambahnya lagi.

Abang Khalid akan merasmikan pembukaan kejohanan hari ini, manakala ADUN Nangka yang juga Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidik­an Teknologi, Dr Annuar Rapa’ee dijangka merasmikan majlis penutupan.

Juara akan membawa pulang RM5,000 berserta medal manakala naib juara RM3,000 berserta medal.

Tempat ketiga bersama akan menerima RM1,500 dan medal manakala empat pasukan kalah peringkat suku akhir masingmasi­ng menerima RM500 dan medal.

 ?? — Gambar Harry Ilias ?? REBUTAN: Polycarp (empat kiri) menyerahka­n piala pusingan kepada Setiausaha PSS, Fudin Chee Kifli sambil disaksikan pemain dan pegawai pasukan PEKSARA PROP Sdn Bhd yang mewakili Kuching.
— Gambar Harry Ilias REBUTAN: Polycarp (empat kiri) menyerahka­n piala pusingan kepada Setiausaha PSS, Fudin Chee Kifli sambil disaksikan pemain dan pegawai pasukan PEKSARA PROP Sdn Bhd yang mewakili Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia