Utusan Borneo (Sarawak)

‘Despacito’ dinamakan lagu paling banyak distrim

-

diterbitka­n pada 1941. Dia me- nulis di bawah nama Stan Lee, yang kemudian menjadi namanya yang sah, dan memberitah­u dalam autobiogra­finya bahawa dia berhasrat untuk menyimpan namanya yang diberikan kepadanya untuk karya yang lebih bersifat kesusaster­aan.

Lee dilantik untuk menjadi pengarang sementara Timely Comics pada 1941. Dia menjadi ketua pengarang bagi apa yang akan berubah menjadi Marvel Comics pada 1961, dan dilantik untuk menjadi penerbit pada 1972.

Lebih dua juta buku komik Lee telah diterbitka­n di 75 buah negara dan dalam 25 bahasa, dan dia bertanggun­gjawab mencipta atau samasama mencipta 90 peratus daripada watak-watak Marvel Comics.

Mereka sudah dipaparkan dalam 24 siri animasi televisyen dan banyak filem aksi hidup. — AFP LAGU ‘Despacito’ dendangan penyanyi Puerto Rico, Luis Fonsi, dengan rentak reggaeton yang telah menjadi kegilaan dunia, pada Rabu lepas dinamakan sebagai lagu paling distrim sepanjang zaman.

Label lagu itu, Universal Music Latin Entertainm­ent, berkata ‘Despacito’ dalam versi asal dan ‘remix’ sudah mencapai 4.6 bilion strim di platform-platform termasuk YouTube dan Spotify.

‘Despacito’ – lagu rancak yang penuh dengan usikan seksual dan memaparkan penyanyi rap dari Puerto Rico, Daddy Yankee – menjadi tular sejurus selepas ia dikeluarka­n pada Januari lalu dan menemui audiens yang jauh lebih luas pada April apabila selebriti Justin Bieber muncul dalam satu ‘remix’.

Menurut Universal, ‘Despacito’ telah berjaya mengatasi sebuah lagi lagu Bieber, lagu ‘Sorry’ dendangan penyanyi dari Kanada itu pada 2015, yang mempunyai 4.38 bilion mainan.

‘Despacito’ – yang bermakna “perlahan-lahan” dalam bahasa Sepanyol – sudah menduduki tempat nombor satu selama 10 minggu dalam carta lagu singles Amerika Syarikat, lagu bahasa Sepanyol pertama untuk sampai ke tempat teratas sejak ‘Macarena’ pada 1996.

“Striming adalah penyambung bagi audiens di seluruh dunia dan ia telah membantu muzik saya sampai ke setiap pelosok planet,” kata Fonsi dalam satu kenyataan.

Lucian Grainge, pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Universal Music Group, konglomera­t label terbesar di dunia, menganggap ‘Despacito’ sebagai lagu hit terbesar pada 2017.

“Striming telah membuka kemungkina­n bagi lagu dengan rentak lain, dari budaya lain dan dalam bahasa lain untuk mencapai kejayaan yang begitu besar di seluruh dunia,” Grainge menyebut dalam satu kenyataan.

‘Despacito’ telah melonjak dalam YouTube di mana ia sudah menjadi video keempat paling kerap ditontoni dalam sejarah iaitu 2.66 bilion tontonan.

Walaupun ia popular dalam Spotify, ia menduduki tempat ke-39 dalam senarai sepanjang zaman pada Rabu lepas.

— AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia