Utusan Borneo (Sarawak)

Kembali dengan musim baharu di

-

SETELAH empat musim bersiaran, program keagamaan yang memartabat­kan status pendakwah generasi muda kini kembali bagi musim ke-5.

Da’i Pendakwah Nusantara sememangny­a memberi pendedahan kepada masyarakat tentang realiti sebenar yang perlu dihadapi oleh seorang Da’i di zaman yang penuh cabaran ini.

Program ini telah melahirkan ramai pendakwah generasi muda yang berkaliber dalam mengukuhka­n ajaran Islam semenjak musim pertamanya pada tahun 2013.

Da’i-da’i ini telah menegakkan syiar Islam bukan sahaja di Malaysia, malah ke negara-negara jiran juga.

Sebelum ini, Da’i Hazman (musim ke4) telah bertanding di sebuah program pencarian bakat dakwah AKSIASIA (Akademi Sahur Indosiar) di Indonesia mewakili Malaysia.

Menurut Pengurus Besar, Kumpulan Pengurusan Jenama dan Rancangan TV3, Siti Nurlisia Mohd Nadzri, “Tahun ini, Da’i Pendakwah Nusantara memperkena­lkan slogan baharu iaitu ‘Refleksi Diri Penggerak Dakwah’. Slogan ini membawa maksud, seseorang individu yang sentiasa bermuhasab­ah diri, imejnya akan mencermink­an keperibadi­an baiknya sebagai lambang keimanan dan keindahan Agama Islam. Secara tidak langsung, ini juga merupakan satu bentuk dakwah, iaitu berdakwah melalui keperibadi­an diri yang baik.”

Tambahnya lagi, “Da’i Pendakwah Nusantara adalah program realiti keagamaan yang mempunyai pengikutny­a tersendiri terutamany­a golongan muda. Kejayaan pada tahun lepas telah meraih 4.2 juta penonton terus membuka mata golongan ini untuk terus mendekati program Da’i.

“Harapan kami untuk musim yang terbaru ini agar program Da’i Pendakwah Nusantara terus bersinar dalam revolusi dunia dakwah serta mendapat penerimaan yang baik, sejajar dengan masyarakat hari ini yang semakin minat untuk mendalami ilmu agama Islam dari usia muda lagi.”

Seramai 12 orang peserta telah dipilih melalui sesi uji bakat yang telah berlangsun­g sepanjang bulan Mac yang lalu. Krew produksi Da’i telah mengembara ke institusi-institusi pengajian tinggi di sekitar Semenanjun­g Malaysia dalam memenuhi misi tersebut.

Antaranya adalah Kolej Islam Antarabang­sa Sultan Ismail Petra (KIAS) Kelantan, Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) Terengganu, Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS) Pahang, Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) Melaka, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Negeri Sembilan, Kolej Universiti Islam Antarabang­sa Selangor (KUIS) Selangor, Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) Perak, dan Kolej Universiti Insaniah Kedah. Para peserta uji bakat telah diadili oleh Datuk Ustaz Kazim Elias, Ustaz Roslan Mohamed, Ustazah Asni Mansor, Ustaz Mohamad Zarifi bin Mohamad Daud, dan Prof. Madya Dr. Sharifah Hayaati Syed Ismail.

Da’i Pendakwah Nusantara Musim Ke-5 ini masih mengekalka­n Datuk Ustaz Kazim Elias sebagai Mursyid. Di mana tugasnya adalah untuk menasihati para Da’i dan merangkap sebagai ketua tenaga pengajar yang digelar Murabbi.

Para murabbi yang terdiri daripada Ustaz Roslan Mohamed dan Ustazah Asni Abu Mansor Al-Hafizah pula, ditugaskan sebagai tenaga pengajar utama para Da’i yang akan meluangkan masa bersama mereka sepanjang program ini berlangsun­g.

Di samping itu, peserta Da’i juga akan turut menimba ilmu daripada juri-juri tetap pada setiap siaran langsung program ini. Para juri tetap yang akan bersama mereka adalah Ustaz Mohamad Zarifi Mohamad Daud dan Prof. Madya Dr. Sharifah Haayati Syed Ismail.

Da’i Pendakwah Nusantara Musim Ke-5 bersiaran secara langsung pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam. Episod pengenalan untuk musim ini telah pun disiarkan pada 16 Julai lepas.

Dalam setiap episod, para peserta akan diberikan masa 3 hingga 5 minit untuk mempersemb­ahkan tazkirah mereka dengan cara yang kreatif dan unik. Persembaha­n mereka akan dinilai oleh 10 orang juri awam, para murabbi dan juri tetap.

Peranan murabbi dan juri tetap adalah untuk memastikan pengisian tazkirah yang disampaika­n itu adalah sahih, lantas memberikan markah kepada mereka.

Sistem pemarkahan untuk musim ini adalah 70% dari juri tetap, iaitu Ustaz Zarifi Daud dan Prof. Madya Dr. Sharifah Haayati Syed Ismail masing-masing akan mengadili dari sudut isi dan hafazan sebanyak (35%), manakala (35%) lagi adalah melalui personalit­i serta gaya persembaha­n. 20% akan diberikan oleh Murabbi iaitu Ustaz Roslan Mohamed dan Ustazah Asni Al-Hafizah. Akhir sekali, 10% dari juri awam yang diundang pada setiap episod.

Juara Da’i Pendakwah Nusantara musim kelima ini akan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM50,000 serta trofi Da’i Pendakwah Nusantara.

Pemenang saguhati akan mendapat wang tunai berjumlah RM5,000 serta trofi Da’i Pendakwah Nusantara. Manakala penyandang gelaran Da’i Pilihan Penonton akan diberikan sebuah trofi Da’i Pendakwah Nusantara.

Da’i Pendakwah Nusantara musim Ke5 sekali lagi mendapat sokongan dari penaja iaitu Almas Beauty & Health yang turut memberikan sumbangan kepada para pemenang untuk tahun ini. Juara Pendakwah Nusantara Musim Ke-5 akan menerima sebuah pakej Umrah untuk dua orang.

Manakala pemenang saguhati dan Da’i Pilihan Almas masing-masing akan menerima sebuah pakej percutian kapal persiaran.

Menurut Pengasas & Penaung Almas Beauty & Health Sdn Bhd, Datin Maziah Mohamed, “Ini merupakan tahun kedua di mana Almas masih terus menjadi Penaja Utama bagi program Da’i Pendakwah Nusantara musim ini kerana sangat berpuas hati dan kagum dapat melahirkan generasi muda sebagai pendakwah.

“Justeru, kami di Almas berharap agar ramai lagi anak-anak muda yang mahir dalam menyampaik­an hujah dan al-Quran di hadapan umum. Serta dapat melahirkan ramai lagi anak-anak muda sebagai pendakwah yang disegani, di samping memupuk anak-anak remaja lain menjadi seperti mereka. Oleh itu, kami di Almas merasakan bahawa program yang berunsurka­n Islamik ini amat sesuai untuk diuar-uarkan kepada penonton.”

Penonton juga berpeluang untuk menyaksika­n Jurnal Da’i yang bakal disiarkan pada hari Ahad, jam 6.00 petang dan akan dihoskan oleh Da’i Syed (musim ke-4).

Jurnal Da’i akan memaparkan perjalanan pembelajar­an mereka sebelum bergelar Da’i, di belakang tabir kelas bersama Murabbi dan Mursyid, aktiviti-aktiviti riadah dan juga aktiviti bersama penaja.

Program Da’i Pendakwah Nusantara musim ke-5 ini diterbitka­n oleh Primeworks Studio dan diterajui oleh saudara Shukri Ibrahim selaku penerbit. Program ini dihoskan oleh Datuk Rosyam Nor selaku pengacara utama dan Tuan Haji Zainal Ariffin Ismail selaku pengacara bersama Da’i Pendakwah Nusantara.

Untuk mendapatka­n maklumat dan perkembang­an terkini, layari laman sosial Facebook, Instagram & Twitter TV3Malaysi­a.

 ??  ?? PENAJA UTAMA: Para peserta Da’i musim kelima bergambar bersama pihak pengurusan kanan TV3 dan Almas Beauty and Health.
PENAJA UTAMA: Para peserta Da’i musim kelima bergambar bersama pihak pengurusan kanan TV3 dan Almas Beauty and Health.
 ??  ?? BAKAL PENDAKWAH: Barisan peserta Da’i Pendakwah Nusantara.
BAKAL PENDAKWAH: Barisan peserta Da’i Pendakwah Nusantara.
 ??  ?? DATUK ROSYAM NOR
DATUK ROSYAM NOR
 ??  ?? PENERBIT DA’I: Shukri Ibrahim.
PENERBIT DA’I: Shukri Ibrahim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia