Utusan Borneo (Sarawak)

Bajet 2018: K’jaan rancang tumpu insentif cukai kepada Industri 4.0

Selaras usaha kerajaan mempromosi industri berteknolo­gi tinggi

-

PUTRAJAYA: Kerajaan merancang untuk menumpukan persediaan Bajet 2018 kepada pemberian insentif cukai yang lebih berfokus bagi pembanguna­n Revolusi Industri Keempat ( Industri 4.0).

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani berkata, ia selaras dengan usaha kerajaan dalam mempromosi industri berteknolo­gi tinggi bagi mengurangk­an kebergantu­ngan kepada tenaga buruh.

Ia termasuk industri yang terbabit dalam bidang automasi, pembanguna­n robotik dan data besar

Menurut Johari, kera- jaan tidak boleh memberi insentif cukai kepada semua pihak berikutan keadaan ekonomi semasa.

“Kita sudah tidak boleh bagi kepada semua industri, ia bergantung kepada kepentinga­n semasa dan masa depan negara,” katanya kepada media selepas mempengeru­sikan M e s y u a r a t K u m p u l a n Fokus Bajet 2018: Meningkatk­an Pelaburan Swasta di sini, semalam.

Mesyuarat pertama itu melibatkan kumpulan fokus terdiri daripada pemain industri, dewan perniagaan, agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan bagi perse- diaan pembentang­an Bajet 2018 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 27 Oktober ini.

Johari berkata, insentif cukai bertujuan menarik lebih ramai pemain industri berkecimpu­ng dan menanam modal mereka ke dalam Industri 4.0.

Ditanya mengenai komen beberapa pihak yang mengatakan pelabur tempatan tidak boleh terlalu teruja dengan pasaran China yang besar, beliau berkata, China dan Amerika Syarikat adalah dua negara yang dunia tidak boleh lari melakukan urusan perniagaan dengan mereka.

“Keluaran Dalam Negara Kasar ( KDNK) Amerika Syarikat dan China masingmasi­ng bernilai lebih AS$ 18 trilion dan AS$ 11 trilion.

“Malaysia pula berkeduduk­an strategik untuk memanfaat dan merebut peluang daripada pembanguna­n ekonomi di China dan daripada RM1.5 trilion jumlah perdaganga­n Malaysia, China menyumbang 16 peratus dari keseluruha­n jumlah itu dan Amerika Syarikat sebanyak 9.3 peratus,” katanya.

Bagaimanap­un, beliau berkata, kedua- dua negara terbabit bukanlah negara tumpuan utama perdaganga­n kerana Malaysia turut mem- punyai peratusan perdaganga­n yang baik dengan negara ASEAN, Eropah, Jepun, Korea dan negara lain.

Kepada soalan adakah China kini menjadi pilihan utama sebagai pelabur asing di negara ini, Johari berkata, pelaburan dari China adalah berfokus dan sesuai dengan keperluan pembanguna­n negara masa kini.

“Kita lihat China kini aktif membuat pelaburan di banyak negara dan mereka datang ke Malaysia untuk membuat pelaburan yang khusus kepada pembanguna­n yang diperlukan negara ini,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia