Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia perlu pastikan BRI beri manfaat kepada negara

-

KUALA LUMPUR: Mal a y s i a p e r l u memastikan pelaburan yang dirancang dalam inisiatif ‘Belt and Road’ (BRI) China akan memberi manfaat kepada negara.

P e n g e r u s i I n s t i t u t P e n y e l i d i k a n C I M B ASEAN (CARI) Tan Sri Dr Munir Majid berkata Malaysia tidak seharusnya terlalu teruja dengan saiz inisiatif China itu dan perlu merundingk­an hubungan dua hala yang bersesuaia­n dengannya.

“Ia adalah suatu yang sangat baik bagi kita, tetapi jangan terlalu teruja dan memikirkan ia akan secara automatik memberi manfaat kepada kita.

“Kita perlu memikirkan apa yang kita mahu daripada inisiatif itu dan merundingk­annya bagi kepentinga­n kita sendiri. China pasti akan berbuat demikian juga,” katanya kepada pemberita selepas Siri Meja Bulat ASEAN mengenai ‘Inisiatif Belt and Road China di ASEAN: Peluang Ekonomi dan Pemusatan ASEAN’.

Panel penceramah terdiri daripada Pengarah Urusan Asia-analytica dan Felo Kanan CARI, Pauline Loong, Felo Penyelidik­an Institut Pen- gajian China Universiti Malaya, Dr Zhang Miao, serta Pengerusi World Chinese Economic Summit dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Strategi dan Kepimpinan Asia, Tan Sri Michael Yeoh,

BRI melibatkan lebih dari 65 negara, termasuk beberapa negara ASEAN dan merangkumi pelbagai laluan darat dan laut.

Pada 2015, China melabur hampir AS$ 8.3 b i l i o n di ASEAN. Selain itu, jumlah perdaganga­n antara kumpulan serantau dianggotai 10 negara itu dengan China pada 2015 berjumlah AS$354 bilion, dan menyaksika­n trend meningkat sejak 2011.

Munir, yang terdahulun­ya mempengeru­sikan persidanga­n meja bulat itu berkata BRI akan menyediaka­n rangsangan bagi menjana nilai ekonomi yang lebih besar kepada ASEAN.

B e l i a u j u g a menekankan kepentinga­n untuk mempunyai strategi negara dan serantau yang jelas berkaitan hubungan dengan China.

Sementara itu, Loong mengingatk­anbahawame­skipun BRI menawarkan prospek yang baik bagi rantau ini dan rantaurant­au lain, butiran terperinci selanjutny­a penting dalam menarik sektor swasta, kerana inisiatif itu masih di peringkat awal.

“Terdapat banyak gembar-gembur berkaitan topik itu, tetapi butiran khusus sangat kurang. Setakat ini, kerajaan China dan perusahaan milik kerajaan China merupakan penggerak di belakangny­a.

“Bagaimanap­un, sektor swasta – di China dan juga luar negara – masih teragak-agak berikutan kekurangan butiran terperinci mengenai isu-isu penting, seperti pembiayaan dan keutamaan projek,” katanya.

Beliau berkata perniagaan juga perlu mengambil kira risiko politik dalam usaha niaga rentas sempadan berskala besar yang dibayangka­n dalam BRI.

“Pelan tindakan BRI jangka sederhana dan jangka panjang yang jelas akan banyak membantu dalam meningkatk­an keyakinan sektor swasta dan menjadikan inisiatif itu berjaya di ASEAN dan negara-negara lain yang terlibat,” katanya.

Persidanga­n meja bulat itu dianjurkan oleh CARI secara kerjasama dengan ASEAN Business Club. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia