Utusan Borneo (Sarawak)

Industri insurans hayat dijangka catat pertumbuha­n yang tinggi pada 2017

-

KUALA LUMPUR: Industri insurans hayat Malaysia dijangka mencatat pertumbuha­n satu angka yang tinggi dari segi premium perniagaan baharu pada 2017, menurut Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM).

Presidenny­a Toi See Jong berkata prestasi positif itu akan disokong oleh pertumbuha­n ekonomi negara yang lebih baik.

“Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia diunjur mencecah antara 4.3 dan 4.9 peratus pada tahun ini. Oleh itu, industri insurans hayat akan berkembang sejajar dengan pertumbuha­n ekonomi negara,” katanya kepada pemberita di luar majlis Rumah Terbuka Hari Raya LIAM di sini kelmarin.

Pada tahun lepas, premium perniagaan baharu dalam industri meningkat sebanyak 6.9 peratus tahun ke tahun kepada RM9.75 juta.

Toi berkata pelaksanaa­n platform dalam talian mulai 1 Jan tahun ini, akan membantu meningkatk­an pertumbuha­n industri.

Rangka Kerja Insurans Hayat dan Takaful Kel- uarga ( Rangka Kerja Hayat) yang diperkenal­kan oleh Bank Negara Malaysia, menyatakan produk berjangka boleh didapati melalui saluran langsung dari 1 Jan.

Ini diikuti dengan penyakit kritikal dan perubatan dan produk takaful/insurans kesihatan pada 1 Jan, 2018.

Bagaimanap­un, Toi berkata premium yang disumbangk­an oleh platform dalam talian masih kecil, berikutan ia berada pada peringkat awal pelaksanaa­n.

“Susulan polisi insurans agak kompleks, kami percaya ejen masih memainkan peranan yang penting untuk menjelaska­n mengenai produk insurans,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa pelbagai program promosi dan pendidikan masih diperlukan untuk meningkatk­an lagi tahap kesedaran dalam kalangan orang ramai dan mengurangk­an jurang perlindung­an insurans.

LIAM menyasarka­n untuk mencapai kadar penembusan insurans hayat sebanyak 75 peratus menjelang 2020, yang pada masa ini sebanyak 55 peratus. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia