Utusan Borneo (Sarawak)

Maybank IB Research kekal prospek ‘positif’ bagi sektor pembinaan

-

KUALA LUMPUR: Maybank IB Research mengekalka­n prospek ‘positif’ terhadap sektor pembinaan, disokong oleh potensi aliran pemberian kontrak, yang dijangka meningkat pada separuh kedua 2017 dan tahun 2018.

Pendapatan syarikat pembinaan dengan kontrak dalam tangan yang kukuh akan mendapat perhatian setelah projek-projek infrastruk­tur bertambah.

“Pilihan utama ‘ belian’ yang kami sarankan bagi sektor tersebut ialah IJM Cor- poration Bhd memandangk­an syarikat mempunyai proksi langsung kepada pelaburan China yang semakin bertambah di Kuantan.

Harga saham IJM naik satu sen kepada RM3.47, setakat jam 11.00 pagi dengan 2.74 juta saham diniagakan.

Firma penyelidik­an itu juga memilih Sunway Constructi­on Group Bhd (SunCon) sebagai pilihan syarikat bermodal sederhana kerana syarikat itu merupakan satu- satunya saham pembinaan utama sepenuhnya dengan pendapatan kukuh dan berpotensi untuk mendapatka­n penggantia­n kontrak dalam tangan.

Harga saham SunCon naik satu sen kepada RM2.03 dengan 25,000 saham bertukar tangan.

Maybank Ib pula berkata, separuh pertama 2017 mungkin menyaksika­n pemberian projek infrastruk­tur yang agak perlahan selepas mencecah RM88 bilion pada 2016.

B e r d a s a r k a n k e p a - da perkembang­an sebelum ini, pemberian kontrak infrastruk­tur akan meningkat pada separuh kedua, dengan jangkaan pakej utama Transit Rel Lembah Klang 3 bermula.

Pakej sulung projek Landasan Kereta api Pantai Timur dan landasan berkembar Gemas– JB akan juga diberikan, katanya.

Pembentang­an Bajet 2018 pada 27 Okt 2017 penting bagi pembanguna­n infrastruk­tur negara.

S a t u l a g i s y a r i - k a t p e m b i n a a n , K e r - jaya naik empat sen kep a d a R M 3 . 5 6 dengan 199,200 saham bertukar tangan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia