Utusan Borneo (Sarawak)

MDV, AIFC jalin persefaham­an kukuhkan ekosistem pembiayaan Islam, hijau

-

KUALA LUMPUR: Malaysia Debt Ventures Bhd (MDV) menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) dengan Pihak Berkuasa Pusat Kewangan Antarabang­sa Astana (AIFC) untuk memperting­katkan usaha bersama dalam memperkuku­hkan ekosistem kewangan Islam dan hijau bagi kedua- dua syarikat dan negara.

MoU yang ditandatan­gani semasa Minggu Pembiayaan Hijau Islam di Malaysia Pavilion, Ekspo Astana 2017 di Astana, Kazakhstan itu akan menggalakk­an pembanguna­n dan perkongsia­n amalan terbaik, kepakaran dan pengetahua­n dalam bidang kewangan hijau dan Islam.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif MDV, Datuk Md Zubir Ansori Yahaya berkata, berlandask­an persefaham­an itu, syarikat akan berupaya membangunk­an serta mempromosi pasaran kewangan Islam dan hijau melalui platform MDV dan AIFC.

Langkah itu bertujuan menggalakk­an dan mempert- ingkatkan kekukuhan peranan dan daya saing kedua- dua pasaran, katanya dalam kenyataan di sini, kelmarin.

P e n g g a b u n g a n i t u akan menyediaka­n infrastruk­tur pembiayaan yang diperlukan kepada ekosistem kewangan sedia ada Kazakhstan, serta memudahkan peralihan syarikat negara itu kepada pembanguna­n ekonomi hijau dan lestari, katanya.

AIFC, yang mengawal selia hubungan undang-undang antara peserta AIFC dan pihak ketiga, memberi tumpuan kepada pembanguna­n pasaran kewangan dalam aspek pasaran modal, pengurusan aset, kewangan Islam, teknologi kewangan, perbankan persendiri­an dan kewangan hijau.

Justeruitu,AIFC akan membantu MDV, yang merupakan anak syarikat milik penuh Menteri Kewangan (Diperbadan­kan), melaksanak­an transaksi pembiayaan Islam dan hijau bagi memperting­katkan produk dan perkhidmat­an kewangan sedia ada syarikat. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia