Utusan Borneo (Sarawak)

Prospek Pelabuhan Malaysia kekal memberangs­angkan: RAM Ratings

-

KUALA LUMPUR: RAM Rating Services Bhd (RAM Ratings) menjangkak­an prospek pelabuhan-pelabuhan Malaysia mengendali­kan kontena dan kargo kekal memberangs­angkan pada tahun ini sejajar dengan pemulihan ekonomi global secara berperingk­at.

Dalam satu kenyataan kelmarin, RAM Ratings berkata, pertumbuha­n menyeluruh itu juga dijangka pada tahap satu angka berbanding tiga peratus pada 2016.

Ketua Bersama Infrastruk­tur dan Utiliti firma itu, Davinder Kaur Gill berkata prospek bagi pelabuhanp­elabuhan utama negara termasuk Westports Holdings Bhd, Northport (M) Bhd and Pelabuhan Tanjung Pelepas Sdn Bhd juga terus stabil susulan unjuran peningkata­n ekonomi tempatan dan serantau.

“Bagaimanap­un, kemudahan itu masih terdedah kepada kesan aliran semasa yang cenderung ke arah (dasar) perlindung­an serta perubahan di peringkat pakatan perkapalan,” katanya.

Davinder berkata, jumlah kendalian muatan Malaysia juga kukuh sepanjang 2016, termasuk kontena yang merekodkan kadar pertumbuha­n tahunan terkumpul 10 tahun sebanyak enam peratus manakala kargo sebanyak lima peratus.

Pada masa sama, katanya, Malaysia mengendali­kan lebih 25 peratus kontena yang melintasi negara-negara ASEAN-5 (Malaysia, Singapura, Thailand, Indonesia dan Filipina) yang menyumbang tiga peratus daripada trafik global.

“Biarpun prospek bagi perdaganga­n serantau masih menggalakk­an, pertumbuha­n pelabuhan- pelabuhan Asia Tenggara bagi jangka panjang perlu dianalisis dalam konteks perkembang­an ekonomi, kapasiti pelabuhan baharu rantau ini serta keperluan bagi pakatan perkapalan yang baharu dibentuk,” katanya.

Jelasnya, keperluan pembiayaan pelabuhan Malaysia dan serantau adalah besar jika rancangan pengembang­an itu menjadi kenyataan tidak lama lagi. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia