Utusan Borneo (Sarawak)

Maxis catat peningkata­n hasil, keuntungan lebih kukuh Q2

Peningkata­n 3.3% ke RM2,122 juta berbanding RM2,055 juta tahun lalu

-

KUCHING: Maxis merekod suku kedua tahun ini dengan peningkata­n hasil dan keuntungan yang lebih kukuh iaitu peningkata­n sebanyak 3.3 peratus ke RM2,122 juta berbanding RM2,055 juta pada tahun lalu.

Menurut kenyataan akhbar yang dikeluarka­n semalam, peningkata­n tersebut juga disokong oleh pengekalan prestasi pascabayar dan prabayar walaupun menghadapi saingan yang begitu sengit.

“Hasil pascabayar meningkat 2 peratus kepada RM998 juta berbanding RM978 juta tahun lalu, dengan asas pelanggan yang kukuh menghampir­i 1.9 juta pelanggan MaxisONE dengan purata hasil setiap pengguna bulanan sebanyak RM120.

“Manakala hasil prabayar pula meningkat 2.9 peratus kepada RM984 juta berbanding RM956 juta pada suku kedua tahun lalu. Hotlink FAST peneraju pasaran prabayar 4G dengan Average Revenue Per User ( ARPU) yang tinggi sebanyak RM44, mempunyai lebih dari 1.8 juta langganan yang telah meningkat tiga kali ganda berbanding tahun lalu,” kata kenyataan akhbar tersebut.

Tambah kenyataan lagi, perolehan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan ( earnings before interest, tax, depreciati­on and amortisati­on - EBITDA) dinormalka­n meningkat sebanyak 9.3 peratus kepada RM1,104 juta berbanding dengan RM1,010 juta tahun lalu, mencermink­an peningkata­n hasil yang stabil dan kawalan kos yang baik.

Manakala bagi Margin EBITDA ( di atas hasil perkhidmat­an) turut kukuh pada 52 peratus.

“Keuntungan selepas cukai (profit after tax - PAT) dinormalka­n meningkat 14.2 peratus kepada RM484 juta daripada RM424 juta, dipacu oleh EBITDA yang lebih tinggi dan caj harta tanah, loji dan kelengkapa­n yang lebih rendah,” jelas kenyataan itu.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif, Maxis Berhad Morten Lundal memberitah­u, secara keseluruha­nnya, suku kedua adalah suku yang amat positif.

“Kami (Maxis) merekodkan prestasi kewangan yang kukuh dengan skor kepuasan pelanggan paling tinggi yang pernah kami rekodkan.

“Keutamaan kami adalah untuk terus memberi pengalaman rangkaian yang terbaik dan mewujudkan pengalaman pelanggan yang tidak dapat ditandingi di semua saluran yang juga akan menjadi lebih baik apabila kami mencapai pendigital­an sepenuhnya dan kami berada dalam kedudukan yang baik untuk mencapai cita- cita ini,” jelasnya.

Untuk menyaksika­n video mengenai keputusan kewangan suku kedua 2017 Maxis, layari pautan YouTube di: https://youtu. be/L90AFz44Sn­U.

 ??  ?? MORTEN
MORTEN
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia