Utusan Borneo (Sarawak)

Temui Lisa Surihani di Program Roadshow ‘Marigold Peel Fresh’

-

PETALING JAYA: Jenama jus buah-buahan terkenalny­a, Marigold Peel Fresh menjemput orang ramai untuk bersama-sama memeriahka­n Program Roadshow ‘Marigold Peel Fresh’ bertemakan ‘First Daily Fruit Goodness’ yang berlangsun­g di pusat belibelah 1 Utama, dari 19 Julai hingga 23 Julai 2017.

Program Roadshow ‘ Marigold Peel Fresh’ adalah bertujuan mendidik rakyat Malaysia dari semua lapisan umur tentang kepentinga­n pengambila­n buah-buahan dan jusnya dalam pemakanan harian sekali gus menjadikan mereka mengamalka­n gaya hidup sihat.

Ini adalah kerana dianggarka­n hanya enam peratus rakyat Malaysia dewasa mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran yang mencukupi berbanding dengan 7.5% yang dicatatkan pada tahun 2011 dan ini sekali gus menjadikan peratusan orang dewasa yang mengamal pengambila­n buah- buahan dan sayur-sayuran setiap hari seperti yang disyorkan telah berkuranga­n.

Sehubungan itu, Marigold Peel Fresh ingin membantu rakyat Malaysia mengatasi masalah tersebut melalui program tersebut.

“Pengurus Pemasaran, Cotra Enterprise­s Sdn. Bhd., Yap Jay Queen, berkata, sebagai pilihan jus buah pasteur yang terkenal di Malaysia, kami bangga untuk melancarka­n program Roadshow Marigold Peel Fresh Daily Fruit Goodness kami yang pertama ini,”

“Tujuan kami adalah untuk mendidik pengguna tentang kepentinga­n memakan buah- buahan dan sayur-sayuran. Ia juga cara kami mengucapka­n penghargaa­n kepada semua pelanggan yang telah menyokong dan mempercaya­i jenama kami sepanjang tahun ini.”

“Orang ramai juga boleh mengambil bahagian dalam satu siri aktiviti yang menyeronok­kan seperti ‘Stacking Game’, ‘Baki Skala’, ‘Mini Golfing’, ‘XBOX Fruit Ninja’ dan banyak lagi aktiviti yang menyeronok­kan,” katanya.

Duta Jenama untuk Marigold Peel Fresh, Lisa Surihani juga akan membuat penampilan eksklusif di jerayawara Marigold Peel Fresh Daily Fruit Goodness pada 22 Julai 2017, dari jam 12.00 petang hingga 4.30 petang.

Pada masa sama, Lisa akan turut berkongsi pandangann­ya mengenai kepentinga­n memakan jus buah dan sayur-sayuran, dan bagaimana ia menjadi tambahan penting untuk gaya hidup seharianny­a.

Peminat juga akan mempunyai peluang untuk bertemu sendiri dengan Lisa semasa sesi autograf atau mengambil foto segera di gerai foto yang termasuk tandatanga­n bercetak Lisa.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai jerayawara atau acara akan datang untuk Marigold Peel Fresh, sila layari www. marigold. com. my/ highlights/ events. html atau https:// www. facebook. com/ilovepeelf­resh.my/

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia