Utusan Borneo (Sarawak)

Naza Kia optimistik capai sasaran jualan pada 2017

-

KUALA LUMPUR: Naza Kia Malaysia Sdn Bhd, pengedar rasmi kenderaan Kia di Malaysia, dijangka dapat mencapai sasaran jualan pada 2017 sebanyak 5,100 kenderaan setelah menjual 4,378 model Kia pada tahun lepas.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Automotif Naza Corporatio­n Holdings Sdn Bhd Datuk Samson Anand George berkata beliau yakin momentum jualan separuh pertama 2017 boleh dikekalkan sehingga separuh kedua tahun ini dan ini akan membantu syarikat mencapai keputusan yang lebih baik berbanding tahun lepas.

“Jualan pada enam bulan pertama meningkat 14.4 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas. Jadi kami berharap dapat mencatatka­n keputusan yang lebih baik tahun ini,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran generasi keempat model Kia Rio di sini semalam.

“Strategi kami ialah untuk terus memperkena­lkan model baharu. Rio akan menjadi produk yang kukuh bagi Naza Kia.

“Sekiranya kami berjaya mencapai 500 unit, Rio akan menyumbang kira-kira 10 peratus kepada unjuran jualan keseluruha­n pada tahun ini,” katanya.

Rio merupakan model kelima yang dilancarka­n syarikat pada tahun ini. Awal tahun ini, syarikat melancarka­n Grand Carnival, Sportage, Sorento dan Optima.

Model terlaris syarikat setakat ini ialah Sorento dan Cerato.

“Rio baharu, lebih besar dari segi saiz berbanding purata kereta segmen B, berpotensi menduduki tem- pat ketiga,’’ kata Anand. Model berkenaan dijual pada RM79,888 ( atas jalan tanpa insurans).

Sementara itu, mengenai jualan Grand Carnival, beliau berkata syarikat kini berdepan tempahan yang banyak bagi kenderaan pelbagai guna tersebut dan berharap dapat memasangny­a sebagai unit terurai penuh di kilang pemasangan­nya di Gurun, Kedah. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia