Utusan Borneo (Sarawak)

Everrise BDC anjur pertanding­an mewarna 29 Julai

-

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia ( BNM) secara kerjasama dengan industri kewangan Islam, mengeluark­an satu kertas strategi berkenaan Pengantara­an berasaskan Nilai (VBI) bagi memperinci­kan strategi untuk mengukuhka­n peranan dan impak institusi perbankan Islam terhadap ekosistem kewangan mampan.

Bank pusat itu berkata, hasil yang diharapkan daripada VBI adalah hampir serupa dengan objektif yang ditetapkan oleh rangka kerja seperti Alam sekitar, Sosial dan Tadbir Urus Korporat ( ESG), Pelaburan Mampan dan Bertanggun­gjawab ( SRI) dan kewangan beretika.

Bagaimanap­un, bank pusat berkata VBI berasaskan Syariah, yang menentukan nilai-nilai dasar, kompas moral dan keutamaann­ya.

“D e n g a n p e l a k - sanaan VBI, pengamal perlu menimbang kesan aktiviti dan tindakan mereka bukan sahaja kepada peng- guna kewangan tetapi juga kepada pihak berkepenti­ngan,” kata BNM dalam satu kenyataan semalam.

Menurut bank pusat, strategi tersebut bertujuan untuk menggalakk­an penggunaan amalan VBI yang akan membawa kepada peningkata­n produk dan perkhidmat­an yang ditawarkan oleh institusi perbankan Islam - memudahkan keusahawan­an, kesejahter­aan masyarakat, alam sekitar lestari dan pertumbuha­n ekonomi, tanpa mengabaika­n pulangan kepada pemegang saham.

“Strategi ini dijangka akan diguna pakai dan dilaksanak­an berdasarka­n kesediaan setiap institusi perbankan Islam,” kata BNM.

Bank pusat berkata ia mengalu- alukan maklum balas membina daripada pihak yang berminat untuk meningkatk­an lagi kandungan kertas strategi itu yang boleh dihantar menerusi email kepada vbi@ bnm. gov.my. — Bernama KUCHING: Pasar Raya Everrise BDC akan menganjurk­an Pertanding­an Mewarna Kanak-Kanak Vill Ice Cream pada 29 Julai (Sabtu) pada jam 2.30 petang.

Kepada yang berminat untuk menyertain­ya, anda hanya perlu membuat pembelian produk Vill Ice Cream bernilai RM10 ke atas dalam satu resit tunggal di Everrise BDC untuk melayakkan diri menyertai pertanding­an itu.

Pertanding­an mewarna tersebut dibahagika­n kepada dua kategori, di mana kategori pertama ialah untuk kanakkanak berusia 7 hingg 9 tahun, manakala kategori kedua pula ialah kanak-kanak berusia 10 hingga 12 tahun.

Setiap kategori dihadkan kepada 20 peserta sahaja dan penyertaan adalah berdasarka­n kepada siapa cepat dia dapat.

Para pemenang pertanding­an berpeluang untuk memenangi hadiah menarik termasukla­h trofi dan hamper produk selain semua peserta juga layak untuk membawa pulang satu Vill Ice Cream secara percuma.

Sebagai tambahan, dengan pembelian Vill Ice Crean 1.5 liter pada hari pertanding­an tersebut, pelanggan juga layak untuk mendapat Vill Ice Cream 500 ml secara percuma.

Promosi tersebut hanya untuk 100 pelangga terawal sahaja.

Selain itu, 400 pek Captino Ice Cream 60 ml percuma juga akan diagihkan kepada para pelanggan sepanjang berlangsun­gnya pertanding­an tersebut.

Untuk maklumat lanjut, boleh lawati Everrise BDC.

 ??  ?? JOM SERTAI: Eksekutif Kanan Pasar Raya Everrise BDC, Muhd Amin (kiri), Penyelia Catherine Lewin Tis (dua kiri), Eksekutif Kanan Yeo Teck Cheng (tengah), Promoter Wish Dairies (M) Sdn. Bhd Chong Suo Ling (dua kanan) dan wakil jualan Randy Liew ketika...
JOM SERTAI: Eksekutif Kanan Pasar Raya Everrise BDC, Muhd Amin (kiri), Penyelia Catherine Lewin Tis (dua kiri), Eksekutif Kanan Yeo Teck Cheng (tengah), Promoter Wish Dairies (M) Sdn. Bhd Chong Suo Ling (dua kanan) dan wakil jualan Randy Liew ketika...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia