Utusan Borneo (Sarawak)

Pusat Beli-Belah Aiman adakan jualan istimewa Hari Sarawak

-

KOTA SAMARAHAN: Angka 22 menjadi pilihan Pusat Beli- Belah Aiman yang kini mengadakan jualan istimewa dua hari sempena sambutan Hari Sarawak yang dirai setiap 22 Julai.

Pengurus Besar Aiman Properties Management Sdn Bhd Albert Chung berkata, jualan istimewa yang bermula 22 hingga 23 Julai ini menawarkan potongan harga sebanyak 22 peratus bagi barangan terpilih.

Malah, tambahnya, kebanyakan barangan di kedaikedai di Pusat Beli- Belah Aiman dijual pada harga serendah RM2.20.

“Selain itu, pelbagai promosi istimewa disediakan dan ditawarkan seperti di Empire Furniture, Justlight, Munix Computer, Pasar Raya H&L, GSM dan banyak lagi.

“Pengunjung juga boleh menikmati harga minuman murah iaitu RM2.20 untuk dua jenis minuman (Teh O dan Kopi O Ais) di Medan Selera Makan Sari Aiman,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Selain itu, Albert memberitah­u kebanyakan kedai di Aiman turut mengadakan tawaran istimewa sempena sambutan Hari Sarawak.

“Antaranya, CMWL SB, Snack Lady, Aika Internatio­nal Tradsing SB, Rapid Eyewear, Big Tree Mobile Enterprise, My Box Store Enterprise, Azri, Ronnie Optics dan Facelook,” tambahnya.

Pada masa sama, beliau berkata, karnival yang menyediaka­n pelbagai permainan menarik juga diadakan sepanjang promosi dua hari itu.

“Kita juga akan menampilka­n perkhidmat­an badut belon untuk kanak-kanak pada jam 12 tengah hari hingga 2 petang dan 5.30 petang hingga 7.30 malam.

“Selain itu, permainan ‘ Crazy Maze dan Target Shoot’ juga dianjurkan bagi pelanggan yang datang membeli- belah pada dua hari tersebut,” jelasnya.

Sehubungan itu, beliau mempelawa orang ramai terutamany­a penduduk di sekitar Kota Samarahan datang pada hari istimewa itu nanti.

“Kita menyediaka­n pelbagai tawaran menarik kepada pelanggan yang datang dan Pusat Beli-Belah Aiman ini dibuka dari jam 10 pagi hingga 10 malam,” ujarnya.

 ??  ?? DATANGLAH: Pusat Beli-Belah Aiman Kota Samarahan kini mengadakan jualan istimewa sempena Hari Sarawak.
DATANGLAH: Pusat Beli-Belah Aiman Kota Samarahan kini mengadakan jualan istimewa sempena Hari Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia