Utusan Borneo (Sarawak)

Kemboja tahan tujuh warga Taiwan disyaki terbabit penipuan telekom

-

TAIPEI: Kemboja menahan tujuh warga Taiwan yang disyaki menjalanka­n penipuan telekom, kata pulau dengan kuasa autonomi itu semalam, dan menambah ia cuba membawa mereka pulang dan mengelak penghantar­an mereka ke China, yang memberi maklumat bagi penangkapa­n itu.

Kemboja, salah satu sekutu China yang paling erat di Asia Tenggara, tidak mengiktira­f kerajaan di pulau tersebut.

Pada tahun lepas ia menghantar 13 warga Taiwan yang dikehendak­i atas tuduhan yang sama ke tanah besar China, walaupun dibantah oleh Taipei, yang menuduh Beijing “menculik” warganya.

Kementeria­n Luar Taiwan berkata tujuh daripada 31 yang ditahan Isnin lepas adalah warga Taiwan, dan menambah mereka mungkin dipaksa untuk pergi ke China, walaupun ia sedang berusaha untuk memastikan mereka dikembalik­an ke pulau itu.

“Kami meminta pihak berkuasa Kemboja untuk bertindak selari dengan ‘prinsip bidang kuasa kebangsaan’ dan mengembali­kan warga negara kami ke tanah air untuk menerima siasatan kehakiman,” kata seorang jurucakap kementeria­n luar.

Pada minggu ini, Reuters melaporkan 29 warga China yang ditangkap di Kemboja kerana disyaki menjalanka­n penipuan telekom akan dihantar pulang ke China, yang akan menghantar sebuah pesawat untuk menjemput mereka pada minggu depan.

Taiwan, yang tidak ada wakil di Kemboja, berkata ia dimaklumka­n mengenai penahanan itu oleh sebuah pejabat wakil di Ho Chi Minh City di negara jiran Vietnam.

Taiwan sedang berusaha untuk membantu suspek dan melindungi hak mereka, kata jurucakap kementeria­n luar tersebut, yang menambah ia berharap untuk mempromosi­kan usaha sama bagi membantera­s penipuan merentasi sempadan.

China menganggap Taiwan sebagai sebuah wilayah yang degil dan tidak pernah menolak penggunaan kekerasan untuk membawanya ke bawah kuasanya.

Golongan nasionalis di China lari ke pulau itu selepas mereka tewas dalam perang saudara menentang golongan komunis pada 1949.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia