Utusan Borneo (Sarawak)

44 suspek culik wanita Singapura ditangkap

Dipercayai aktif culik pemain kasino di Filipina sejak beberapa bulan lalu, dua suspek warga Malaysia

-

MANILA: Seramai 44 suspek dari China dan Malaysia telah ditahan di Filipina berhubung penculikan dan serangan ke atas seorang wanita Singapura yang diculik di sebuah kasino di Manila, kata pihak berkuasa semalam.

Polis menjumpai mangsa Wu Yan, 48, di sebuah kondominiu­m Manila pada Selasa lepas, sehari selepas dia diculik oleh dua anggota geng tersebut dari Malaysia, Setiausaha Rendah Keadilan Erickson Balmes menyebut dalam satu kenyataan.

“Dia ditahan, dinafikan hak kebebasan dan dipukul dan diugut oleh penculikny­a yang menuntut AS$180,000 (RM810,000) untuk membebaska­nnya,” tambah Balmes.

Dua warga Malaysia, selain 42 suspek dari China, ditangkap selepas mangsa diselamatk­an dan akan didakwa atas tuduhan menculik, kata polis.

“Kumpulan itu dipercayai bertanggun­gjawab bagi beberapa insiden penculikan yang dilakukan ke atas warga asing yang merupakan pemain kasino dengan taruhan tinggi sejak beberapa bulan lalu,” kata Balmes.

Beliau tidak memberi maklumat tentang penculikan lain yang dilaporkan atau apa yang telah berlaku kepada mangsa. Filipina sejak beberapa tahun lalu telah menarik pemain kasino asing dalam usaha untuk membangunk­an industri perjudian, dengan matlamat menandingi Las Vegas dan Macau. Bagaimanap­un penculikan yang dilaporkan, dan kebakaran sebuah kasino lain di Manila yang dipercayai akibat perbuatan khianat dan mengorbank­an 37 nyawa pada bulan lepas, telah menimbulka­n kebimbanga­n mengenai keselamata­n.

Abelardo Borromeo, jurucakap bagi kumpulan antipencul­ikan dalam pasukan polis Filipina, berkata anggota geng terbabit juga dipercayai sebahagian daripada sindiket pemberi pinjaman haram di sebuah kawasan bergemerla­pan yang menempatka­n kasino mega di depan Teluk Manila.

Mangsa sedang bermain daun terup di salah sebuah kasino di sana apabila dua suspek dari Malaysia “berkenalan” dengannya dan mempelawan­ya untuk bermain di kasino lain dalam kawasan yang sama, kata Borromeo.

Namun suspek sebaliknya membawanya ke kondominiu­m berkenaan dan menuntut wang tebusan, tambahnya.

Semalam ketua polis negara Jeneral Ronald Dela Rosa berjanji untuk membantera­s penculikan ketika beliau mempamerka­n suspek yang ditahan di hadapan kamera televisyen.

“Anda bebas untuk datang, seronok berjudi, tetapi anda tidak bebas untuk melakukan jenayah apabila anda berada di sini di Filipina,” katanya kepada suspek.

 ?? — Gambar Reuters ?? KES CULIK: Anggota polis berkawal di sekeliling suspek, majoriti warga China yang ditangkap kerana disyaki menculik seorang wanita Singapura di sebuah kasino, di Ibu Pejabat Polis Negara Filipina di Manila, semalam.
— Gambar Reuters KES CULIK: Anggota polis berkawal di sekeliling suspek, majoriti warga China yang ditangkap kerana disyaki menculik seorang wanita Singapura di sebuah kasino, di Ibu Pejabat Polis Negara Filipina di Manila, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia