Utusan Borneo (Sarawak)

Juruterban­g antara tiga berkomplot seludup 255kg dadah ke Australia

-

SYDNEY: Seorang juruterban­g berusia adalah antara tiga lelaki yang didakwa atas tuduhan berkomplot untuk menyeludup sejumlah besar dadah “ais” dari Amerika Syarikat (AS) ke Australia dengan sebuah pesawat ringan, kata pegawai semalam.

Kira- kira 255 kilogram metamfetam­ina kristal dirampas oleh pihak berkuasa AS di utara California pada bulan lepas, dan Polis Persekutua­n Australia menganggar­kan nilai pasaran setinggi AUS$255 juta (RM867 juta).

“Ini adalah pesawat kecil yang kami dakwa hendak diterbangk­an dari pantai barat AS, menyeberan­gi Lautan Pasifik, ke Australia untuk mendarat di sebuah lapangan terbang tempatan dengan berat tambahan 255kg di dalam pesawat,” kata Superinten­den Krissy Barrett, menurut akhbar The Australian.

“Saya bukan penerbang yang bagus pada waktu terbaik tetapi itu ternyata bukan pesawat yang saya mahu naiki.” Seorang lelaki berusia 58 tahun dari negeri Victoria ditangkap kelmarin, beberapa hari selepas seorang lelaki Sydney berusia 52 tahun ditahan kerana ada kaitan dengan wang tunai sebanyak AUS$2.4 juta (RM8.2 juta) yang disembunyi di dalam sebuah kenderaan, kata polis.

Lelaki ketiga, berusia 72 tahun, ditahan di Lapangan Terbang Melbourne pada awal Julai kerana didakwa merancang untuk menerbangk­an pulang pesawat ringan berkenaan ke Australia dengan dadah tersebut.

Wakil Pentadbira­n Penguatkua­saan Dadah AS di Sydney, Eric Baldus, berkata kerjasama antarabang­sa sedemikian adalah perlu kerana sindiket jenayah terkemuka “canggih, teratur, dengan skop transnasio­nal”.

Australia membuat rampasan metamfetam­ina kristal terbesar dalam sejarahnya pada April lalu apabila polis menjumpai dadah dengan nilai pasaran hampir AUS$900 juta ( RM3.1 bilion) yang disembunyi di celah-celah papan dari China.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia