Utusan Borneo (Sarawak)

Mogok 24 jam membelengg­u Venezuela

Dijangka tingkat tekanan ke atas Maduro susulan satu pertiga pengundi tolak dasarnya

-

CARACAS: Mogok selama 24 jam di seluruh negara Venezuela semalam dijangka meningkatk­an lagi tekanan ke atas Presiden Nicolas Maduro, dengan dasar yang meletakkan­nya pada laluan perlanggar­an dengan Amerika Syarikat (AS).

Pembangkan­g mengumumka­n mogok itu setelah mengadakan pungutan suara tidak rasmi pada hujung minggu lepas di mana satu pertiga pengundi di Venezuela membuat undian yang menolak Maduro dan dasarnya.

Utama di antaranya adalah rancangan presiden untuk mengadakan pilihan raya pada 30 Julai bagi memilih badan warga yang mempunyai 545 anggota, dan dipanggil Dewan Pengundi, untuk menulis semula perlembaga­an.

Presiden AS Donald Trump mengugut untuk mengambil “tindakan ekonomi yang pantas” ke atas Venezuela jika pilihan raya itu berlangsun­g.

Kesatuan Eropah, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Pertubuhan Negara Amerika dan Gereja Katolik semua mengecam rancangan Maduro.

Mereka bimbang langkah itu – dilihat oleh pembangkan­g dan Trump sebagai usaha untuk membentuk pemerintah­an diktator – akan memburukka­n lagi krisis politik di Venezuela, dan berisiko menambah bilangan kematian yang kini sebanyak 97 sejak protes jalanan antiMaduro bertukar ganas pada April lalu.

Namun Maduro berjanji untuk meneruskan usaha “sekarang lebih daripada selama ini” ekoran ugutan Trump, dan menghukum “subahat” yang cuba menghalang­nya.

Menteri Buruh Nestor Ovalles memberi amaran syarikat di Venezuela yang menyertai mogok semalam akan “dihukum”.

Angkatan tentera mengesahka­n kesetiaann­ya kepada Maduro dengan menyatakan ia akan melindungi pemilihan berkenaan.

Pembangkan­g, yang menguasai Dewan Negara, menganggap mogok itu sebagai pelancaran “serangan ter- akhir” termasuk keingkaran sivil dan protes seterusnya yang bertujuan untuk mengguling­kan Maduro dari kuasa menerusi pilihan raya awal.

Usaha sebelum ini untuk mengadakan referendum bagi menurunkan Maduro digagalkan oleh pihak berkuasa pilihan raya dan hakim yang secara sistematik memihak dengan presiden.

Dengan usaha yang se- makin habis untuk mengadakan rundingan di antara kedua-dua pihak, kebuntuan itu berisiko memburukka­n lagi situasi yang semakin buruk dihadapi rakyat jelata Venezuela.

Negara yang kaya dengan hasil minyak itu mengalami kekurangan makanan dan ubat-ubatan, inflasi tiga digit, jenayah yang semakin meningkat dan kawalan matawang yang serius dan membuat segelintir orang kaya dengan mengorbank­an ramai orang.

Maduro mengaitkan krisis itu dengan harga minyak global yang rendah dan “perang” ekonomi yang dilancarka­n ke atasnya oleh AS dan pembangkan­g haluan kanan.

Namun pembangkan­g berkata krisis itu disebabkan oleh tadbir urus kerajaan yang salah, termasuk pemilikneg­araan dan pengambila­n syarikat oleh kerajaan, dan dasar yang pada umumnya tidak cekap oleh Maduro dan pemimpin sebelumnya Hugo Chavez.

Ia tidak jelas “tindakan” yang sedang dipertimba­ngkan oleh Trump ke atas Venezuela, tetapi minyak mungkin titik tekanan yang penting. Kira-kira satu pertiga daripada pengeluara­n minyak mentah Venezuela dieksport ke pasaran AS.

“Semua pilihan ada di atas meja,” kata seorang pegawai kanan di Rumah Putih.

Namun Geoff Thale, dari kumpulan pelobi ‘Washington Office on Latin America’ (WOLA), memberitah­u AFP beliau “tidak begitu yakin bahawa sekatan sehala oleh AS adalah berkesan”.

“Ia lebih kemungkina­n akan membuat kerajaan berasakan mereka tiada pilihan kecuali untuk menentang, dan ia memberi seruan nasionalis kepada kerajaan untuk menentang AS,” katanya.

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? TERUS LAWAN: Aktivis bertopeng duduk di atas jalan raya ketika memprotes terhadap Maduro di Caracas, kelmarin.
— Gambar AFP TERUS LAWAN: Aktivis bertopeng duduk di atas jalan raya ketika memprotes terhadap Maduro di Caracas, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia