Utusan Borneo (Sarawak)

Penduduk dinasihat hentikan aktiviti di Sg Kinabutan ekoran ancaman buaya

-

TAWAU: Pejabat Hidupan Liar (PHL) Tawau menasihati orang ramai menghentik­an sebarang aktiviti di Sungai Kinabutan Kecil dan Besar, sementara siasatan berhubung kesahihan dakwaan kononnya masih terdapat buaya di sungai itu selesai dijalankan.

Utusan Borneo difahamkan sungai terbabit selalu menjadi tumpuan murid sekolah rendah dan penduduk setempat bermandi-manda, membasuh pakaian serta menangkap ikan.

Malah, lokasi sungai itu terletak berhampira­n dengan penempatan penduduk dan sebuah sekolah rendah, justeru menimbulka­n kebimbanga­n terhadap keselamata­n orang ramai.

Pembantu Hidupan Liar PHL Tawau Suantah Bungkok berkata pihaknya memandang serius dengan dakwaan itu dan menyifatka­n langkah berjaga-jaga sebagai wajar diambil.

“Ada penduduk setempat mendakwa terdapat empat ekor buaya yang kerap dilihat di sungai berkenaan, namun setakat ini baharu seekor yang kita sudah tangkap,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Borneo di pejabatnya di sini pada Rabu, berhubung penularan video buaya di Sg Kinabutan Kecil dan Besar menerusi aplikasi media sosial.

Katanya proses pemantauan perkembang­an semasa diteruskan pihaknya namun belum dapat mengesahka­n jika sun- gai terbabit masih didiami oleh buaya yang lain.

“Kita positif buaya tembaga yang baharu kita tangkap lima hari lepas di sungai itu, buaya sama yang ditularkan menerusi perkongsia­n video oleh netizen di media sosial,” katanya.

Menurutnya, spesies buaya tembaga (Estuarine Crocodile) atau nama saintifikn­ya Crocodile Porosus yang ditangkap itu berukuran kira- kira tujuh kaki panjang.

Suantah berkata buaya tembaga terbabit sudah diserahkan pihaknya pada Sabtu kepada salah sebuah syarikat yang mempunyai taman buaya berlesen di Jalan Tinagat.

“Mengenai status tiga ekor buaya tembaga lagi, kita masih menjalanka­n siasatan dan berharap jika orang ramai ada menemuinya, mereka akan segera melaporkan­nya.

“Jika dakwaan itu betul, kita akan memasang perangkap sekali lagi di sungai terbabit namun lebih baik jika buat masa ini langkah berhatihat­i diambil semua pihak,” katanya.

Seorang penduduk Kg Kinabutan, Batu 6 Jalan Apas, yang ditemui, kontraktor Asriadi Suddin, 23, mengakui pernah beberapa kali melihat kelibat buaya di sungai kampung itu.

“Kali terakhir saya melihat buaya pada bulan lepas di sungai berhampira­n rumah mentua, iaitu sebanyak dua ekor dan selalu berada di sekitar himpunan buluh di tepi sungai.

“Selain dekat buluh, kelibat buaya-buaya itu juga selalu dilihat berhampira­n dengan jambatan dan tebing sungai di kawasan kebun sawit berhampira­n,” katanya.

Asriadi berkata setakat ini juga belum ada kes buaya menyerang manusia di kawasan itu namun diharap tindakan segera dapat diambil sebelum kejadian tidak diingini berlaku.

Dipercayai, buaya tembaga yang baharu ditangkap itu buaya liar yang muncul selepas berlakunya banjir besar, namun ada juga dakwaan yang mengatakan­nya sebagai buaya peliharaan yang terlepas ke sungai.

 ??  ?? DI SINI: Asriadi menunjukka­n lokasi buaya tembaga yang menjadi tular di media sosial ditangkap.
DI SINI: Asriadi menunjukka­n lokasi buaya tembaga yang menjadi tular di media sosial ditangkap.
 ??  ?? ANCAMAN: Buaya tembaga yang ditangkap di Sg Kinabutan ini diserahkan kepada sebuah syarikat yang mempunyai taman buaya berlesen di Jalan Tinagat.
ANCAMAN: Buaya tembaga yang ditangkap di Sg Kinabutan ini diserahkan kepada sebuah syarikat yang mempunyai taman buaya berlesen di Jalan Tinagat.
 ??  ?? MASUK PERANGKAP: Perangkap menggunaka­n umpan ayam ini berhasil memerangka­p buaya tembaga selepas kira-kira 11 jam dipasang oleh PHL di Sg Kinabutan.
MASUK PERANGKAP: Perangkap menggunaka­n umpan ayam ini berhasil memerangka­p buaya tembaga selepas kira-kira 11 jam dipasang oleh PHL di Sg Kinabutan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia