Utusan Borneo (Sarawak)

Festival Makanan Tradisi Sabah 2017 ketengah juadah tradisiona­l

-

KOTA KINABALU: Festival Makanan Tradisi Sabah 2017 mampu menjadi platform untuk mempromosi dan mengetenga­hkan makanan tradisiona­l negeri ini, kata Penolong Pegawai Daerah Penampang Henry Idol.

Beliau berkata menerusi acara itu, pengendali dan pengusaha makanan di Sabah dapat mempamerka­n hidangan masingmasi­ng kepada orang ramai.

“Inilah masanya untuk meneroka kepelbagai­an rasa makanan-makanan istimewa tradisi Sabah yang bukan sahaja unik, tetapi mampu memperkena­lkan suku kaum dan budaya di negeri ini.

“Makanan tradisiona­l ini juga turut memperihal­kan identiti masyarakat atau daerah di Sabah kerana setiap daerah di negeri ini terkenal dengan makanan tradisinya. Contohnya, daerah Penampang terkenal dengan hidangan tradisiona­l istimewa hinava,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan festival itu di pekarangan Pusat Kebudayaan Sabah, Penampang, dekat sini semalam.

Festival Makanan Tradisi Sabah 2017 yang bermula semalam hingga Ahad itu, dianjurkan oleh Junior Chamber Internatio­nal (JCI) Penampang dan Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah, sempena Program Tugu Budaya Etnik Sabah.

Selain itu, Henry turut mencadangk­anagarmaka­nantradisi­onal di negeri ini, disajikan di setiap hotel di Sabah. “Makanan adalah antara tarikan yang mampu menarik minat pelancong luar. Oleh itu, saya harap makanan tradisiona­l ini turut menjadi menu utama di hotel-hotel di Sabah,” katanya. — Bernama

 ??  ?? KERJASAMA ERAT: Samad (duduk, tiga kanan) bergambar bersama peserta kursus menjahit dan membuat bun.
KERJASAMA ERAT: Samad (duduk, tiga kanan) bergambar bersama peserta kursus menjahit dan membuat bun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia