Utusan Borneo (Sarawak)

Rahman kunjungi Timbalan Setiausaha Agung PBB, bincang pelbagai isu

-

NEW YORK: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan membuat kunjungan hormat ke atas Timbalan Setiausaha Agung Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu (PBB), Amina J Mohammed di ibu pejabat PBB pada Rabu.

Di dalam perbincang­an selama 30 minit itu, beliau telah berbincang mengenai pencapaian Malaysia dan menekankan unsur kepelbagai­an sebagai kekuatan teras negara Malaysia. Dengan itu, Malaysia mempunyai segala asas yang diperlukan untuk pelaksanaa­n sasaran SDG.

“Saya berasa sangat bersyukur kerana Matlamat Pembanguna­n Lestari (SDG) begitu selari dengan Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11) kita,” katanya kepada media selepas perjumpaan itu.

Rahman juga menyatakan bahawa sejak Malaysia merdeka, kerajaan telah membuat keputusan untuk melabur di dalam sektor pendidikan demi kemajuan negara.

Beliau juga memaklum- kan bahawa Malaysia sentiasa menekankan pendidikan walaupun negara lain mengutamak­an aspek lain.

“Kita telah membelanja­kan 21 peratus daripada perbelanja­an kerajaan untuk tujuan pendidikan, dan ini merupakan antara jumlah yang tertinggi berbanding negara lain.”

Beliau juga menjelaska­n kepada Amina bahawa Malaysia telah mengambil langkah untuk mempelbaga­ikan ekonominya yang sebelum ini sangat bergantung kepada sektor minyak dan gas untuk penjanaan pendapatan.

“Sewaktu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengambil alih pentadbira­n negara pada 2009, sebanyak 41 peratus hasil kerajaan Persekutua­n diperolehi daripada pendapatan minyak dan gas, dan pada hari ini, peratusan ini telah dikurangka­n kepada 14 peratus.

“Ini kerana, Perdana Menteri telah mengenal pasti keperluan untuk mempelbaga­ikan ekonomi negara den- gan menuju ke arah industri yang berunsurka­n perkhidmat­an seperti automasi dan pendidikan,” katanya.

Sebelum perbincang­an berakhir, Rahman membangkit­kan satu isu yang sedang dihadapi oleh Malaysia dengan Kesatuan Eropah (EU), di mana sebuah resolusi yang dikemukaka­n baru-baru ini mempersoal­kan tentang kemampanan dalam penghasila­n minyak sawit, dan ia telah menjejaska­n jutaan rakyat Malaysia secara langsung dan tidak langsung.

EU di dalam resolusi itu menyatakan hasrat untuk mengenakan penalti dan mengurangk­an import dari Malaysia.

“Saya percaya dalam keadaan sebegini, kita akan terus bekerjasam­a dengan pihak Kesatuan Eropah dan PBB, kerana minyak sawit adalah mampan dan dengan resolusi itu, ia akan hanya menjejaska­n ekonomi rakyat Malaysia khususnya yang datang dari kawasan luar bandar,” jelasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia