Utusan Borneo (Sarawak)

Rebut peluang sertai kursus kemahiran

-

BELURAN: Golongan wanita di luar bandar diminta merebut peluang menyertai kursus kemahiran jangka pendek yang disediakan oleh kerajaan.

Setiausaha Sulit kepada Ahli Parlimen Beluran Samad Jambri berkata penyertaan dalam kursus itu bukan sahaja dapat meningkatk­an pengetahua­n malah kemahiran yang diperolehi boleh menyumbang kepada sumber pendapatan.

Katanya kerajaan menerusi beberapa agensi menyediaka­n kursus kemahiran seperti menjahit, membuat roti bun dan kraf tangan.

Malah katanya, kursus berk- enaan dilaksanak­an di kawasan luar bandar bagi memudahkan golongan sasar menyertain­ya.

“Jadikan penyertaan pada kursus kemahiran ini untuk meningkatk­an diri dalam mendapatka­n pengetahua­n. Pada masa sama, ia juga boleh menjana pendapatan dan meningkatk­an sumber ekonomi keluarga,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mewakili Ahli Parlimen Beluran Datuk Seri Dr Ronald Kiandee merasmikan Kursus Menjahit dan Membuat Roti Bun anjuran Wanita Parti Bersatu Sabah (PBS) Bahagian Sugut di Paitan, pada Rabu.

Hadir sama ialah Ketua PBS Bahagian Sugut Datuk Jublee KK Zen.

Samad yang juga Ketua Pemuda UMNO Beluran berkata pelaksanaa­n program kursus ini sesuai dengan usaha untuk meningkatk­an pengetahua­n dan menambah pengalaman khusus untuk wanita di luar bandar.

Beliau berharap semangat dan kegigihan tinggi pihak Wanita PBS Sugut yang tekun melaksanak­an kursus selama tiga hari itu dapat diterjemah­kan pada masa menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Menurutnya pihak Pejabat Parlimen Beluran akan sen- tiasa bekerjasam­a dengan semua pihak dalam merencana dan melaksana pelbagai projek serta program yang diperlukan termasuk permintaan daripada pihak parti komponen Barisan Nasional (BN).

Katanya kerjasama erat kalangan parti komponen BN di Parlimen Beluran akan terus dapat dipupuk sehingga menjelang PRU nanti agar jentera BN siap sedia berhadapan pihak pembangkan­g.

Beliau menyifatka­n kepimpinan PBS Sugut yang dipimpin oleh Datuk Jublee amat padu bersama barisan kepimpinan sedia ada.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia